suria

Tak sanggup lihat punggung bayi melecet kerana lampin pakai buang, elak lakukan 5 perkara ini!

Lampin bayi perlu ditukar sekurang-kurangnya dua ke tiga jam.

PENGGUNAAN lampin pakai buang untuk bayi memang praktikal dan memudahkan tugas menguruskan anak.

Bagaimanapun ada segelintir ibu bapa yang memandang ringan dengan membiarkan anak mereka memakai satu lampin dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan timbulnya masalah kulit seperti ruam dan melecet.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang risiko dijangkiti Covid-19, tapi 1.5 juta kanak-kanak dunia berdepan kesan lain... hilang ibu bapa akibat pandemik!

Pegawai perubatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari memberitahu beliau sendiri kerap menerima pesakit bayi dan kanak-kanak yang bahagian punggungnya mengalami ruam dan melecet.

"Ada sesetengah itu sampai luka bercampur dengan jangkitan kulat, kesian sangat. Bayi ini kalau nak mengadu belum pandai bercakap.

"Sebab itu mereka akan menangis dan meraung sekuat-kuatnya kerana berasa sakit," katanya.

E7SW5LOVUAAFkfT

Masalah ruam dan melecet pada punggung bayi tidak boleh dipandang ringan.

Dr Ahmad Luqman memberitahu keadaan itu sebenarnya boleh dielakkan agar anak-anak berasa selesa dan tidak mengalami sebarang masalah kulit akibat memakai lampin pakai buang.

Berikut adalah lima tip penggunaan lampin pakai buang seperti disarankan Dr Ahmad Luqman.

1. Kerap menukar lampin

Dr Ahmad Luqman menjelaskan ibu bapa tidak seharusnya membiarkan lampin bayi tidak bertukar tambahan pula sekiranya ia penuh dengan air kencing dan najis.

Ini kerana katanya, kuman gemar berkumpul pada tempat yang lembab dan tercemar. Jadi, ibu bapa harus memeriksa lampin anak-anak setiap dua ke tiga jam dan menukarnya.

natural-diaper-rash

2. Saiz lampin

Jangan pakaikan lampin terlampau ketat pada anak-anak dan perlu menggunakan saiz yang tepat. Ini dapat membuatkan peredaran udara di kawasan lampin tersekat dan punggung akan menjadi lembab dan menarik 'minat' kuman.

3. Penggunaan bedak

Ramai ibu bapa gemar menyapu bedak pada bahagian punggung anak mereka sebelum memakaikan lampin. Dr Ahmad Luqman memberitahu perkara itu sepatutnya dielakkan.

Ini kerana bedak mungkin mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kulit bayi selain tidak mahu ia bercampur dengan najis dan air kencing dan menjadi medium kuman membiak.

Guido Mieth/Getty Images

4. Jangan biarkan ruam!

Jangan biarkan punggung anak yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda ruam. Selain berjumpa dengan doktor, ibu bapa juga boleh menggunakan 'barrier cream' seperti Zink Oxide dan jeli petroleum bagi melindungi punggung anak-anak.

Bagaimanapun jangan gunakan bahan itu terlalu banyak kerana apabila bayi kencing atau membuang air besar, kotoran tidak akan melekat pada kulit yang sudah melecet.

5. Tisu lembab

Elakkan penggunaan tisu lembab bayi yang mengandungi alkohol atau pewangi kerana ia mengandungi bahan kimia dan kulit bayi lebih mudah mengalami keradangan dan alahan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Air suam dan kain bersih sebenarnya sudah memadai untuk membersihkan bahagian punggung bayi.

Sementara itu kata Dr Ahmad Luqman, sekiranya masalah itu tidak selesai, cuba menukar jenama lampin bayi yang lain atau membawanya berjumpa doktor.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain