suria

Perhatian bekas pesakit Covid-19... ambil tahu kenapa anda perlu tukar berus gigi selepas sembuh

Berus gigi perlu ditukar selepas pesakit Covid-19 sembuh daripada penyakit itu.

INDIVIDU yang pernah dijangkiti Covid-19 disarankan untuk menggantikan berus gigi mereka dengan yang baharu kerana ia dapat mencegah jangkitan berulang wabak itu menurut pakar.

Pakar pergigian, Dr Pravesh Mehra menjelaskan ia bukan sahaja dapat melindungi bekas pesakit tetapi orang disekeliling mereka apatah lagi sekiranya berkongsi bilik air.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas... 4 golongan ini lebih terdedah kepada varian Delta!

Dr Pravesh menjelaskan berus gigi yang digunakan ketika dijangkiti Covid-19 mempunyai bakteria yang melekat padanya.

"Sebaik-baiknya pesakit Covid-19 menggantikan berus gigi dan pembersih lidah selepas 20 hari gejala pertama muncul," katanya.

Tidak hanya bagi pesakit Covid-19, Dr Pravesh memberitahu mereka yang mengalami demam, selesema dan batuk juga sebaik-baiknya menggantikan berus gigi selepas pulih daripada penyakit tersebut.

teeth-whitening-toothpaste

Ada kemungkinan virus Covid-19 masih melekat pada berus gigi.

Bagaimana Covid-19 menular melalui berus gigi?

Dr Pravesh menjelaskan Covid-19 secara asasnya tersebar melalui droplet ketika pesakit batuk, bersin, bercakap, ketawa dan sebagainya ketika tidak menggunakan pelitup muka.

Covid-19 juga boleh menular menerusi berus gigi dan pembersih lidah kerana dua barang itu berkemungkinan tercemar dengan virus itu apatah lagi ia dibiarkan dalam keadaan terbuka di dalam bilik air.

Atas sebab itu, apabila pesakit sembuh, dibimbangi ia boleh menyebabkan pengulangan jangkitan atau menyebarkan kepada orang lain.

Tidak hanya ganti berus gigi, lakukan perkara ini!

Bekas pesakit yang baharu sahaja sembuh daripada Covid-19 turut disarankan untuk mengamalkan beberapa kebiasaan ketika memberus gigi. Ini termasuklah;

1. Jangan berkongsi berus gigi kerana ia boleh menjadi medium penularan pelbagai penyakit termasuk Covid-19

2. Cuci tangan sebelum menggosok gigi kerana virus boleh ditularkan ketika tangan yang mungkin mempunyai virus menyentuh bahagian mulut

how-often-to-replace-your-toothbrush_2_rinse-1150x766

Alirkan air pada berus gigi sebelum digunakan.

3. Bersihkan berus gigi selepas digunakan atau sebaik-baiknya bilas menggunakan air suam

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Pastikan bahagian kepala berus gigi tidak bersentuhan dengan berus gigi yang lain

5. Sentiasa mencuci bekas tempat menyimpan berus gigi anda menggunakan sabun

6. Jauhkan berus gigi daripada tandas bagi mengurangkan penularan virus aerosol

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain