suria

Suka tahan kencing, kurang zat kalium antara 10 penyebab tekanan darah tinggi tanpa kita sedari

Periksa tekanan darah adalah cara bagi mengetahui sama ada seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi atau pun tidak.

DALAM dunia perubatan, tekanan darah yang meningkat dikenali sebagai pra-hipertensi dan perlu diketahui bahawa kadar tekanan darah dianggap normal pada bacaan 120/80mmHg.

Pra-hipertensi boleh berlaku sekiranya tekanan darah tidak terkawal dan berkembang menjadi hipertensi atau penyakit darah tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Susah kentut pun masalah... ketahui punca dan cara mengatasinya!

Terdapat pelbagai penyebab yang meningkatkan tekanan pada dinding pembuluh darah atau arteri dan menyebabkan masalah hipertensi.

Secara umumnya, tekanan darah tinggi disebabkan penumpukan lemak pada arteri dan pengambilan garam berlebihan. WebMD melaporkan terdapat beberapa penyebab tekanan darah meningkat tanpa disedari, termasuklah;

Tahan Kencing

Tabiat menahan kencing boleh menjadi penyebab kepada risiko hipertensi.

1. Pengambilan gula tambahan terutamanya daripada makanan segera atau gula yang ditambahkan ke dalam minuman

2. Perasaan sunyi yang menimbulkan tekanan dan menyebabkan tekanan darah meningkat

3. Gangguan tidur atau 'sleep apnea' yang menurunkan kadar oksigen

4. Kekurangan zat kalium yang terdapat dalam pisang, brokoli, bayam, kekacang dan ikan

5. Gangguan kelenjar tiroid

6. Tabiat menahan kencing

7. Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen, dekongestan dan anti-kemurungan

8. Dehidrasi atau kekurangan cecair dalam badan

9. Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan hormon

10. Tabiat gagal menahan kemarahan dan sering berada dalam tekanan

Selain itu, golongan obesiti atau mempunyai sejarah keluarga penyakit darah tinggi lebih berisiko terkena penyakit ini.

Cepat Marah

Tekanan dan kegagalan mengawal kemarahan juga penyebab kepada risiko tekanan darah tinggi.

Gejala tekanan darah meningkat

Tekanan darah meningkat biasanya tidak mempunyai sebarang gejala spesifik dan satu-satunya cara untuk mengetahuinya adalah dengan menggunakan alat dipanggil tensimeter.

Penyakiti ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja malah golongan remaja terutamanya bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan kurang aktif.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tidak hanya itu, tekanan darah tinggi berbahaya kerana ia meningkatkan risiko penyakit lain seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes dan sebagainya.

Individu berusia 30 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan rutin sekurang-kurangnya setahun sekali apatah lagi jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga penyakit tersebut.

Mengubah gaya hidup seperti menjaga pemakanan, bersenam dan berhenti merokok dapat mencegah penyakit tersebut terutamanya dalam kalangan golongan belia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain