suria

Beraninya Fahrin Ahmad bawa balik madu, kenalkan Arnia kepada keluarga

Fahrin Ahmad tidak teragak-agak memperkenalkan ARNIA kepada keluarganya.

TULAR di media sosial baru-baru ini, Fahrin Ahmad memperkenalkan madunya kepada umum. Menerusi laman Instagram, pertanyaan berkaitan madu ternyata menimbulkan persoalan kepada netizen.

Sebenarnya Fahrin ingin memperkenalkan madu kelulut ARNIA, produk madu tanpa ragu pertama yang dikeluarkan oleh Pharmaniaga Naturals secara komersial.

Menurut Fahrin, dia memilih ARNIA kerana yakin madu kelulut ini dijamin 100 peratus asli dan halal. Keunikan ARNIA yang mempunyai khasiat anti oksidan dan anti mikrob menjadikan ia unik berbanding produk madu yang lain.

“Pertama, ARNIA ini mempunyai kandungan air yang rendah. Madu ini memang mempunyai kandungan air, tetapi lagi rendah kandungan air, lagi likat dan tahap kesegaran dapat dikekalkan. Jadi, madu mudah disimpan dan rasanya lebih sedap.

“Kedua, ARNIA ni ada ’Trehalulose’, iaitu gula semulajadi dan mempunyai indeks glisemik yang rendah jadi ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah dan bagus bagi mereka yang perlu mengawal paras gula.

“Ketiga, ARNIA ini madu kelulut yang memenuhi piawaian MS2683 Spesifikasi Madu Kelulut, lepas tu ada GMP dan yang paling penting halal,” katanya.

Lebih meyakinkan, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, madu kelulut ARNIA menjadi pilihannya kerana ia merupakan produk semulajadi keluaran Pharmaniaga Naturals iaitu syarikat nutraseutikal, di bawah Pharmaniaga Berhad, kumpulan farmaseutikal bersepadu terbesar di Malaysia.

SUPERFOOD MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH

Pejam celik, pejam celik sudah lebih setahun negara kita dilanda wabak Covid-19. Kehidupan dalam keadaan norma baharu sudah menjadi kelaziman dalam kalangan kita. Lihat sahaja gaya hidup yang berubah, pergerakan menjadi terbatas dan ramai yang tidak sedar tahap kesihatan berada di paras membimbangkan.

Aspek pengambilan bahan makanan adalah penting untuk menjamin tahap kesihatan yang maksimum, terutamanya pengambilan gula.

Madu kelulut ARNIA kaya dengan khasiat semulajadi dan ia mengandungi Thehalulose.

APAKAH TREHALULOSE?

madu arnia1

Madu kelulut ARNIA adalah 100 peratus asli dan halal.

Baru-baru ini kajian mendapati madu kelulut mengandungi Trehalulose iaitu gula semulajadi yang mampu membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia sesuai untuk individu yang ingin mengawal paras gula dalam darah.

Pernahkan anda terfikir bahawa khasiat madu kelulut meningkatkan tahap imunisasi badan?

MENGENAI LEBAH KELULUT

Madu kelulut yang dihasilkan lebah kelulut yang bersaiz hanya tiga ke lima milimeter sahaja mulai popular di negara ini pada 2009 dan diisytiharkan sebagai ‘Super Food Malaysia’.

Turut dikenali dengan nama lain seperti madu meliponine, stingless bee honey atau madu lebah tanpa sengat, pot-honey dan madu lebah Trigona, madu kelulut semakin mendapat perhatian kerana memiliki kandungan khasiat lebih tinggi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

madu arnia2

Madu kelulut mengandungi Trehalulose iaitu gula semulajadi yang membantu mengawal paras gula dalam darah.

Dalam pada itu, madu kelulut juga mempunyai kadar antioksida yang tinggi iaitu tiga kali ganda berbanding madu lebah. Maka tidak hairanlah ia mempunyai potensi dan khasiat perubatan seperti antibiotik semulajadi, meningkatkan metabolisma badan, menjaga kecantikan agar kelihatan awet muda, melancarkan peredaran darah, membaiki sistem penghadaman, pernafasan dan membuang toksin dari badan.

Berbeza dengan madu jenis lain, rasa madu kelulut adalah manis dan masam mengikut jenis bunga dan musim. Rasa manis masam atau masam manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan dari nektar pokok atau bebunga yang diambil oleh lebah kelulut.

Jadi apa tunggu lagi, rasai sendiri keunikan dan manfaat madu kelulut ARNIA hari ini. Anda pasti tidak akan menyesal dengan pilihan terbaik ini.

Maklumat lanjut berkaitan ARNIA, layari www.arnia.com.my dan pembelian boleh dibuat menerusi platform e-Dagang Shopee, Lazada dan PGMall.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain