suria

Tidak pakai bra punca kanser payudara, mitos atau fakta?

Tidak memakai bra bukan punca kepada penyakit berkaitan payudara termasuk kanser.

MEMAKAI bra adalah perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh kaum wanita meskipun adakalanya pemakaian pakaian dalam itu tidak selesa, namun ia satu kemestian apatah lagi sekiranya melakukan aktiviti di luar rumah.

Selain itu, ramai wanita percaya bahawa tindakan tidak memakai bra boleh memberi pengaruh buruk kepada payudara mereka. Benarkah fakta itu?

ARTIKEL BERKAITAN: Telinga berdengung boleh disebabkan gejala masalah pendengaran dan gangguan sendi

Pakar kesihatan payudara, Dr Cassann Blake menjelaskan bahawa tiada kesan negatif terhadap kesihatan payudara wanita sekiranya mereka tidak memakai bra.

"Ramai orang percaya tidak pakai bra boleh menyebabkan kanser payudara, ia mitos," katanya.

Bra

Pemilihan bra yang sesuai juga sangat penting bagi memastikan kesihatan payudara terjamin.

Faktanya adalah memakai pakaian dalam atau pun tidak, ia langsung tidak memberi risiko kepada payudara dan penyakit berkaitan dengannya.

Ini termasuklah ada menganggap memakai bra sepanjang masa dapat membentuk payudara lebih cantik selain mengelakkan ia daripada mengendur.

Bagaimanapun kata Dr Blake, wanita yang mempunyai saiz payudara yang besar, adalah lebih baik memakai bra kerana ia dapat membantu meringankan serta mencegah sakit punggung akibat menanggung saiz payudara yang berat.

"Memakai baju dalam ketika bersenam juga membantu dalam hal ini," katanya.

Kesalahan biasa ketika memakai baju dalam!

Ramai wanita yang memakai bra dengan ukuran yang salah. Hal ini sebenarnya yang menyebabkan masalah kata Dr Blake.

can-fibroadenomas-turn-into-breast-cancer

Tabiat tidak memakai bra bukan punca kepada kanser payudara.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ketika anda memakai ukuran yang salah termasuk jenis underwire, perkara itu yang boleh memicu rasa sakit pada payudara," ujarnya.

Manakala ketika menjalani aktiviti bersukan, sports bra adalah lebih sesuai kerana ia membantu meminimumkan pergerakan payudara.

Ini kerana jelasnya, ketika seorang wanita banyak bergerak ketika bersenam, ia mungkin boleh memberi kesan kepada sakit pada payudara dan bahagian punggung.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain