suria

Jangan terkejut... menanggung rindu boleh sebabkan gangguan kesihatan mental

Menanggung rindu yang tak berkesudahan boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.

KAJIAN membuktikan bahawa menanggung rasa rindu mampu memberi impak buruk kepada kesihatan mental seseorang.

Scientific American mendapati berjauhan daripada orang tersayang boleh memicu rasa kebimbangan melampau, kemurungan dan gangguan tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 ‘amaran’ jelas seseorang itu dah penat mental dan emosi akibat tekanan!

Menerusi kajian dilakukan penyelidik koresponden dengan pasangan mereka selama tujuh hari. Reaksi fizik ditunjukkan membuatkan manusia sukar mengawal emosi dan mengalami masalah tidur.

Mereka juga menunjukkan wujudnya peningkatan kadar tekanan dan kortisol, kebimbangan melampau sepanjang berjauhan dengan pasangan mereka.

Kesihatan mental ketika pandemik

Pandemik Covid-19 telah membuatkan ramai daripada kita terpaksa berjauhan dengan keluarga apatah lagi larangan merentas negeri menyukarkan lagi bertemu mereka.

Rindu

Ramai mengalami masalah seperti kemurungan dan tekanan perasaan disebabkan pandemik.

Jadi dengan kajian dilakukan itu, tidak hairan kes disebabkan kesihatan mental meningkat ketika ini.

Sebagai contoh, dunia dikejutkan dengan pengunduran diri atlet Olimpik Amerika Syarikat, Simone Biles daripada bertanding di Olimpik Tokyo kerana ingin memberi fokus kepada kesihatan mentalnya.

Simone disahkan mengalami kemurungan dan menerusi temubual dengannya, dia mengakui tidak mampu meneruskan pertandingan kerana merasakan kerinduan luar biasa terhadap ibu bapanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penganjuran Olimpik dalam suasana pandemik memang memberi kesan kepada atlet apatah lagi jumlah penonton terpaksa dibatasi selain keluarga tidak dapat menemani atlet dalam acara penting.

Ia sekaligus memberi tekanan hebat kepada atlet dan bukti mereka juga mempunyai perasaan dan rapuh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain