suria

Kurang risiko dijangkiti Covid-19, tapi 1.5 juta kanak-kanak dunia berdepan kesan lain... hilang ibu bapa akibat pandemik!

Kanak-kanak adalah individu paling terkesan akibat pandemik.

HAMPIR dua tahun dunia dilanda pandemik Covid-19 keadaan nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda ia sedang pulih apatah lagi dengan kehadiran varian Delta yang lebih mudah tersebar.

Kesan pandemik ini juga cukup besar seperti kehidupan seharian sudah berubah dan manusia perlu mengadaptasi norma baharu dalam memastikan diri dilindungi diri daripada ancaman wabak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas... 4 golongan ini lebih terdedah kepada varian Delta!

Ekonomi seluruh dunia juga terjejas dengan menyaksikan banyak syarikat terpaksa gulung tikar dan ramai kehilangan pekerjaan sekali gus hilang pendapatan.

Bagaimanapun di sebalik itu, golongan kanak-kanak juga turut terkesan meskipun kes Covid-19 melibatkan mereka masih rendah.

Selain perlu menghadapi tekanan dan berkurung dalam rumah ada sebahagian daripada mereka yang perlu mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Kanak-Kanak 2

Dianggarkan 1.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia kehilangan ibu bapa mereka.

Worldometer melaporkan virus berbahaya itu sehingga kini telah menjangkiti 193,326,236 juta manusia seluruh dunia. Daripada jumlah itu, virus itu telah meragut 4,150,242 juta nyawa.

Sebuah kajian yang diterbitkan menerusi jurnal The Lancelot mendapati 1.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia menerima kesan apabila salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19. Ini sekali gus menyebabkan mereka bergelar anak yatim.

Keadaan itu menimbulkan masalah global iaitu mereka yang menjadi yatim piatu akibat pandemik. Ia memberi impak besar kepada kanak-kanak bukan sahaja hilang tempat bergantung serta kasih sayang tetapi boleh mengganggu emosi dan masa depan mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penyelidik berpendapat bahawa pakar perlu memberi fokus untuk menyediakan sokongan psikosisal dan ekonomi kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik.

Dalam penyelidikan itu juga, kematian yang berlaku juga tidak hanya disebabkan Covid-19 tetapi masalah lain berkaitan pandemik seperti perintah berkurung, kegagalan mendapat akses perubatan dan sebagainya turut dianggap sebagai 'kematian akibat Covid-19'.

Kanak-kanak merupakan kelompok yang sangat rapuh daripada keadaan ini dan mereka lebih terdedah mengalami kesihatan mental, penyakit kronik dan sebagainya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain