suria

Sesekali apa kata tinggalkan nasi lemak, 5 menu sarapan pagi ini pelancar buang air besar

Roti jenis whole grain kaya dengan serat yang dapat membantu proses membuang air besar dengan lebih mudah.

BUANG air besar tidak hanya berfungsi mengeluarkan kotoran dari dalam tubuh tetapi juga membantu perut berasa lega. Kebiasaannya kita akan 'membuang'pada waktu pagi.

Sebenarnya usus besar badan kita akan bekerja dan berfungsi pada tahap paling baik pada waktu pagi dan ia masa paling sesuai membuang air besar.

ARTIKE LBERKAITAN: Jom jaga kesihatan... amalkan makan 5 buah ini elak sakit jantung

Membuang air besar juga perlu dilakukan secara teratur pada waktu pagi dan ada antara kita yang mengalami kesukaran berbuat demikian.

Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, anda boleh mencuba mengubah pengambilan makanan sarapan pagi bagi menyokong prestasi sistem penghadaman supaya pergerakan usus berjalan lancar.

Berikut adalah menu sarapan pagi yang membantu mempercepatkan pergerakan usus sekali gus memudahkan proses membuang air besar.

1. Oat

Oat merupakan sumber serat yang cukup baik bagi mencegah masalah sembelit. Serat larut air dapat membantu menyerap air sehingga najis menjadi lembut dan mudah melalui usus besar.

Manakala serat tidak larut bergerak dengan cepat melalui saluran penghadaman dan mencegah sembelit. Oat juga berguna sebagai prebiotik untuk membakar probiotik dalam usus.

2. Yogurt

Sesekali ada baiknya menggantikan susu, jus atau smoothie dengan yogurt ketika bersarapan. Produk yogurt di pasaran biasanya mempunyai probiotik yang baik untuk usus manusia.

Kajian pada 2014 juga menyebut probiotik dapat meningkatkan waktu transit pada usus selain kekerapan dan konsistensi najis.

Selain yogurt, anda juga boleh mencuba kefir. Kajian yang diterbitkan dalam Turkish Journal of Gastroenterology mendapati pengambilan kefir setiap hari selama empat minggu dapat meningkatkan kekerapan dan konsistensi najis.

3. Kopi

Ada sebahagian orang yang gemar minum kopi ketika bersarapan bagi membuatkan tubuh dan mata lebih segar, namun ia juga memberi manfaat kepada usus.

Kopi memang boleh membuatkan rasa ingin membuang air besar kerana kandungan kafein memberikan signal pada perut untuk menghasilkan lebih banyak asid serta meningkatkan pergerakan usus.

4. Buah-buahan

Serat adalah kunci kepada sistem penghadaman dan membantu membuang air besar dengan lancar. Kandungan serat dan air adalah gabungan sempurna untuk membuang air besar.

5. Roti

Roti adalah antara pilihan sarapan yang baik terutamanya jenis whole grain kerana ia mempunyai serat yang tinggi berbanding roti putih biasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain