suria

Dah la hantar barang percuma, dapat pula 2 tahun jaminan tambahan... Senheng mudahkan golongan B40 beli barang elektrik

Senheng berkolaborasi dengan AEON Credit Service menerusi Program Ganjaran PlusOne AEON yang menawarkan ganjaran berganda untuk ahlinya.

SIAPA yang tidak suka membeli belah?

Lebih-lebih lagi apabila dapat menikmati faedah dan manfaat berganda dengan hanya berbelanja.

Kini ada berita baik buat mereka yang minat atau sedang merancang untuk membeli perkakasan elektrik.

Senheng, rangkaian kedai elektrik yang tidak asing lagi di Malaysia kini berkolaborasi dengan AEON Credit Service untuk membawa lebih banyak faedah kepada anda!

Kolaborasi ini menampilkan Program Ganjaran PlusOne AEON, satu program keahlian baharu yang ternyata memberi keuntungan berganda kepada setiap ahlinya.



Senheng merupakan rangkaian kedai elektrik yang tidak asing lagi di Malaysia dan sering menjadi pilihan ramai.

Apa yang istimewanya mengenai program ini?

Salah satu keistimewaan program ini ialah dua tahun jaminan tambahan untuk setiap ahli PlusOne AEON, selain dari jaminan pengilang untuk produk terpilih.

Program kolaborasi Senheng dan AEON ini ternyata memberi kelebihan kepada ahli kerana berbeza dengan program keahlian terdahulu, yang mana ahli hanya menikmati jaminan tambahan selama setahun.

Pelanggan juga akan mendapat jaminan penggantian ‘One-to-one’ untuk produk terpilih.

Bukan itu sahaja, ahli juga berpeluang menikmati rebat EZ kredit yang boleh digunakan untuk menebus produk elektrik dari mana-mana cawangan Senheng.

Selain itu, ahli juga dapat mengumpul mata ganjaran dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM20 (dapat 3 mata ganjaran) di mana-mana cawangan Senheng, di mana mata ganjaran boleh ditebus sewaktu promosi Member’s Day (Hari Keahlian).



Menerusi Program Ganjaran PlusOne AEON, ahli layak menikmati dua tahun jaminan tambahan di samping pelbagai lagi ganjaran menarik.



Dengan pembelian bernilai RM500 dan ke atas, penghantaran percuma diberikan untuk jarak 50km dari cawangan pembelian dibuat. Ahli tidak perlu risau tentang kos tambahan, hanya perlu menunggu sahaja barangan yang dibeli tiba di pintu rumah.

Pembelian menerusi AEON Credit Service sebenarnya memberi pelbagai manfaat. Antaranya ialah pelan pembayaran fleksibel sehingga 36 bulan, bayaran bulanan serendah RM48, dan paling penting, pelan pembayaran tersebut tidak memerlukan kad kredit.

Ini secara tidak langsung membantu golongan B40 ataupun mereka yang berpendapatan rendah untuk berbelanja perkakasan elektrik yang diperlukan.

Jadi jangan berlengah lagi! Daftarkan diri sebagai ahli Program Ganjaran PlusOne AEON dengan yuran serendah RM12 setahun untuk menikmati pelbagai ganjaran menarik dan berbaloi.

Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/3qj0Jh9

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain