suria

Jom jaga kesihatan... amalkan makan 5 buah ini elak sakit jantung

Buah-buahan beri seperti beri biru, beri hitam dan strawberi baik untuk pesakit jantung.

PENYAKIT jantung masih menjadi pembunuh nombor satu di dunia. Bahkan setiap tahun, angka kematian terus meningkat dan ia bukan lagi penyakit orang tua.

Data Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2015 membuktikan 70 peratus kematian di dunia disebabkan oleh penyakit tidak menular, 45 peratus penyakit jantung dan pembuluh darah tersumbat.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan makanan sihat tapi perut rasa tak selesa... 5 makanan ini mungkin jadi punca rasa kembung

Kempen bagi memerangi penyakit jantung terus dilakukan dan salah satunya adalah dengan mengajak masyarakat mengubah gaya hidup serta mengamalkan pemakanan sihat.

Buah-buahan adalah antara makanan yang dapat memberi manfaat kepada jantung. Tidak hanya baik untuk pesakit jantung tetapi kepada individu sihat yang ingin menjaga jantungnya.

Berikut adalah lima jenis buah-buahan yang baik untuk kesihatan jantung.

1. Beri

Segala jenis buah beri seperti strawberi, beri biru, beri hitam dan raspberi merupakan golongan buah-buahan yang memiliki nutrisi baik dalam memelihara kesihatan jantung.

Kandungan antioksidan dan antosianin dalam buah beri dipercayai mampu meredakan peradangan jantung dan meningkatkan fungsi sel yang melapisi pembuluh darah.

Dalam satu kajian terhadap 27 orang dewasa yang mengambil buah beri selama lapan minggu terbukti dapat menurunkan kolestrol jahat sebanyak 11 peratus.

2. Ceri

Seperti beri, ceri juga kaya denan antioksidan dan polifenol yang cukup baik melindungi pembuluh darah, mengurangkan bengkak pada jantung serta menjadikan tekanan darah stabil.

Secawan buah ceri dengan seberat 154 gram mengandungi 10 peratus kalium serta mineral yang penting untuk menjaga kesihatan jantung. Kandungan polifenol juga dapat menurunkan risiko penyakit jantung.

3. Avokado

Avokado mempunyai kandungan lemak tidak tepu serta kalium yang boleh memainkan peranan dalam membantu menurunkan kolestrol, tekanan darah seta risiko sindrom metabolisme.

Dalam sebiji avokado, terdapat 975 miligram potasium dan manusia memerlukan 28 peratus daripadanya manakala pengambilan 4.7 gram kalium sehari daripada buah sama berpotensi menurunkan 15 peratus tekanan darah tinggi dan risiko angin ahmar.

4. Tomato

Kandungan likopen dalam tomato bermanfaat untuk menurunkan kolestrol jahat yang menyumbang kepada masalah pembuluh darah tersumbat.

Kandungan antioksidan dalam tomato juga mampu menuetralkan radikal bebas dalam badan serta mencegah keradangan yang menjadi sumber penyakit jantung.

Kajian terhadap 50 wanita obesiti yang makan dua biji tomato mentah empat kali dalam seminggu terbukti meningkatkan kadar kolestrol baik dalam badan.

Jumlah kolestrol baik dalam tubuh manusia membantu menghilangkan plak pada arteri dan menjaga kesihatan jantung serta menghindari daripada penyakit angin ahmar.

5. Limau

Buah limau mempunyai serat pektin yang mampu menjadi pelindung kepada kolestrol sementara potasium di dalamnya membantu mengawal tekanan darah.

Antioksidan dan flavonoid yang terkandung di dalamnya turut meningkatkan fungsi pembuluh darah serta menurunkan risiko penyakit jantung.

Kajian mendapati, pengambilan limau selama sebulan membuktikan mereka yang berisiko terkena penyakit berkaitan kardiovaskular memiliki fungsi sel endotel yang lebih baik.

Selain itu, hasil kajian itu turut mendapati, minum jus limau secara rutin mencegah penyakit batu karang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain