suria

Senaman aerobik paling sesuai untuk pesakit diabetes, ini sebabnya!

Aerobik adalan senaman paling sesuai buat pesakit daibetes.

SALAH satu kunci untuk mengawal kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes jenis 2 adalah diet dan senaman. Menurut pakar, senaman terbaik untuk golongan ini adalah aerobik.

Latihan aerobik melibatkan gerakan otot yang berulang dan menurut Persatuan Diabetes Amerika, senaman ini juga dapat meningkatkan kepadatan mitokondria, kepekaan insulin, enzim oksidatif, kepatuhan dan kereaktifan vaskular, fungsi paru-paru, fungsi imunisasi dan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Barah kolorektal popular dalam kalangan lelaki di Malaysia... Ketahui punca dan cara mencegahnya!

Senaman aerobik tiga kali seminggu juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular selain menurunkan risiko kematian pada pesakit diabetes.

Penyelidikan yang dilakukan oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health turut menyarankan pesakit melakukan senaman itu sekurang-kurangnya selama 30 minit bagi setiap satu sesi untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya.



Aerobik dapat menurunkan kadar gula dalam darah serta menurunkan risiko penyakit jantung.

Ini termasuklah mengelak daripada berhenti bersenam selama dua hari berturut-turut kerana ia boleh meningkatkan kepekaan dan toleransi glukosa dalam badan pesakit.

Ia harus dilakukan dengan intensiti sederhana iaitu 40 hingga 60 peratus daripada kapasiti maksimum aerobik. Ini sepadan dengan 55 hingga 69 peratus daripada kadar denyutan jantung.

Senaman aerobik juga penting untuk menjadikan jantung pesakit diabetes dalam keadaan sihat selain menguruskan kandungan gula dalam darah agar tetap normal sekali gus menurunkan berat badan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain