suria

Cuti sekolah: Tangguh dulu plan bercuti, elak risiko Covid-19

Musim cuti sekolah penggal pertama bermula minggu hadapan.

CUTI sekolah penggal pertama pastinya ditunggu-tunggu selepas hampir tiga bulan menghadiri kelas dan menyertai pelbagai aktiviti di sekolah.

Tempoh cuti sekolah selama seminggu yang dijadualkan bermula 13 hingga 21 Mac ini tentu sekali memberi ruang kepada ibu bapa untuk berehat seketika daripada rutin harian ketika sesi persekolahan anak-anak.

Mungkin dalam tempoh seminggu ini, ada keluarga yang sudah merancang untuk pergi bercuti bagi merehatkan badan dan minda masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan besar Covid-19 bunuh sistem dalaman manusia

Tetapi tunggu dulu! Sedar atau tidak wabak koronavirus atau Covid-19 merupakan isu kesihatan yang melanda di seluruh dunia pada masa ini, malahan telah diisytiharkan sebadai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebagai ibu bapa, anda perlu peka dengan segala perancangan atau aktiviti yang bakal dilakukan oleh anak-anak mahupun seisi keluarga.

Elakkan mengunjungi lokasi-lokasi tumpuan.

Melihat jumlah jangkitan yang makin bertambah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan kepada semua ibu bapa agar tidak membawa anak-anak melancong ke tempat-tempat yang berisiko menjelang cuti sekolah selama seminggu ini.

Ibu bapa atau penjaga dan juga masyarakat harus peka dengan situasi kesihatan semasa dan segala perancangan untuk pergi bercuti seharusnya ditangguhkan dahulu.

KKM juga ingin menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19 berlaku.

*Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

Ibu bapa dinasihatkan menghabiskan menagguhkan dulu perancangan untuk melancong.

*Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

*Orang ramai diingatkan supaya tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan Covid-19 dan rakyat Malaysia yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

Sehingga pukul 12 tengah hari 11 Mac 2020,  terdapat 20 kes baharu jangkitan Covid-19 telah dilaporkan.

Keadaan lengang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan Covid-19.

Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenal pasti.

Dengan pertambahan 20 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes sehingga 11 Mac 2020.

Cuti sekolah, Covid-19, melancong

Artikel Lain