suria

Jangan terkejut... Tanpa disedari 5 tabiat ini penyebab perut anda buncit!

Makan pada waktu tengah malam antara penyebab perut buncit.

TERDAPAT banyak sebab kenapa perut kita senang buncit, cuma ramai di antara kita tidak mengambil berat mengenainya.

Menjaga kesihatan tubuh bukan kerja mudah - ia memerlukan disiplin, konsisten dan daya tahan yang kuat sehingga membuatkan ramai mengambil ringan meskipun sedar ia membahayakan kesihatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau suka jagung, jangan buang bulunya... ada banyak khasiatnya!

Sebenarnya terdapat beberapa amalan yang kita lakukan hingga menyebabkan perut cepat buncit termasuklah;

1. Dah tengah malam mulut masih mengunyah!

Betul, badan kita akan membakar timbunan lemak ketika kita tidur, tapi ia tidak dapat 'bekerja' dengan baik jika kita masuk tidur dalam keadaan perut kenyang!

Bukan sahaja badan sukar membakar lemak, tabiat makan tengah malam juga dapat meningkatkan risiko gastrik dan masalah pencernaan.

Hal itu boleh berlaku apabila anda baring dalam keadaan kenyang ia akan mengubah graviti tubuh sehingga ia tidak mampu menarik makanan di perut menuju ke bawah.

So, janganlah makan sebelum tidur! Kalau nak makan juga, pastikan anda tidak baring sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.

2. Makan ketika sedih, marah

Salah satu cara mengubat emosi sedih atau marah adalah dengan makan! Tapi awas, ia boleh menyebabkan perut anda buncit.

Makan ketika emosi tidak stabil boleh menyebabkan anda makan berlebihan tanpa sedar. Cara terbaik adalah cuba bertenang dan minum segelas air.

Pilih kegiatan yang tidak melibatkan makanan kerana ia bukanlah satu-satunya jalan membuatkan anda kembali tenang!

3. Tak cukup tidur

Tahukah anda, apabila seseorang tidak cukup tidur, hormon tekanan iaitu kortisol akan meningkat dan boleh mendorong seseorang untuk makan makanan bergula.

Oleh itu, cubalah dapatkan tidur yang ideal setiap malam agar hormon kortisol seimbang serta meningkatkan pengeluaran hormon leptin (hormon membantu mengawal nafsu makan).

4. Penggunaan pinggan besar

Antara penyebab badan kita mudah gemuk disebabkan penggunaan pinggan makan yang besar! Dalam sebuah kajian yang dilakukan dalam kalangan individu obesiti, kebanyakan daripada mereka menggunakan pinggan besar bagi membolehkan mereka makan dengan banyak.

Oleh itu, pilihlah pinggan yang lebih kecil agar kita tidak cenderung memenuhkannya dengan makanan.

5. Merokok

Bagaimana merokok menyebabkan perut seseorang buncit? Pengkaji di Universiti Glasgow mendapati bahawa merokok mungkin mempunyai hubung kait dengan masalah perut buncit.

Bukan sahaja perut buncit, tetapi ia boleh menyebabkan pelbagai masalah lain seperti kanser. Jadi ayuh berhenti merokok!

Buncit, Obesiti, Stres, Rokok

Artikel Lain