suria

‘Sayu Yang Syukur’ akhirnya masuk pawagam, ada sebab Aaron Aziz peram filem 8 tahun 

Filem Sayu Yang Syukur bakal berada di pawagam pada 28 Disember ini.

SELEPAS lapan tahun, filem arahan pertama pelakon Datuk Aaron Aziz berjudul Sayu Yang Syukur akhirnya bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Disember ini.

Aaron berkata, karya itu berdepan pelbagai rintangan sebelum disebabkan pelbagai faktor termasuk tempoh suntingan yang lama selain wabak Covid-19 yang melanda dunia tiga tahun lalu.

"Selepas lapan tahun baru ditayangkan kerana kita mengambil masa agak lama untuk proses suntingan memandangkan versi asal terlalu panjang.

"Apabila sudah sedia hendak ditayangkan, negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Aaron 2

Antara babak di dalam filem tersebut.

"Sebelum itu kita simpan dulu filem ini sebab tidak mahu ada pertembungan dengan genre sama di pawagam," jelasnya kepada mStar.

Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur pada malam Rabu lalu.

Aaron memberitahu selaku pengarah dan pelakon tidak mudah menggalas dua tugas tersebut selain terpaksa berdepan pelbagai rintangan menyiapkan filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal ubat kerinduan penggemar filem cinta, Aaron Aziz sahut cabaran arah ‘Sayu Yang Syukur’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selalu cuai, mujur ada ‘bodyguard’ bantu Nora Danish... Suami pun tak risau keselamatan di luar

Kongsi Aaron, sepanjang 60 hari penggambaran dia berada dalam keadaan tertekan selain tidak mendapat tidur yang cukup selain jarang dapat bertemu keluarga.

"Banyak cabaran sebagai pengarah, termasuk perlu berlakon dan menjaga set penggambaran.

"Sepanjang 60 hari penggambaran, saya dalam keadaan tertekan, tidak cukup tidur malah tidak dapat bertemu anak-anak," kongsinya.

kita simpan dulu filem ini sebab tidak mahu ada pertembungan dengan genre sama di pawagam.

AARON AZIZ

PENGARAH DAN PELAKON

Antara cabaran lain kata Aaron adalah memberi warna kepada wataknya iaitu Qudaim agar ia tidak kelihatan mirip dengan peranan romantik pernah di bawa sebelum ini.

"Watak 'gila' Qudaim saya tambah sendiri sebab saya sebagai pengarah boleh mengolah skrip sebab mahu tunjukkan kelainan agar jalan ceritanya berbeza.

"Saya sudah berlakon dalam banyak filem dan drama romantik. Jadi saya mahu beri kelainan tanpa terlalu memfokuskan suasana romantis terlalu banyak.

Aaron 4

Barisan pelakon dan produksi ketika ditemui media.

"Dalam filem ini, 90 peratus babak dramatik dan selebihnya sahaja romantik," jelasnya.

Filem ini mengisahkan tentang Liana yang dilakonkan Nora Danish terlibat dalam kemalangan semasa pulang ke kampung dan ditemui Qudaim (Aaron).

Pertemuan tersebut menjadi satu permulaan baharu buat Liana apabila maruahnya tercalar sekali gus bimbang sekiranya nama baik keluarganya turut terjejas.

Selain Aaron, Sayu Yang Syukur ini turut dibintangi Nora Danish, Arja Lee, Fairi Khalil, Datuk Ahmad Tamim Siregar, Raja Emma dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain