suria

Filem Kantonis, pengarah Melayu... Tunku Mona Riza keluar zon selesa menerusi Rain Town

Rain Town bakal ditayangkan di pawagam 8 Februari ini.

SELEPAS kejayaan menerusi filem Redha, pengarah Tunku Mona Riza mencabar diri menghasilkan sebuah karya terbaharu dalam bahasa Kantonis berjudul Rain Town.

Mona atau Tunku Mona Riza Tunku Khalid berkata, dia bukan mahu menganaktirikan bahasa Melayu sebaliknya ingin menyelami budaya bangsa lain yang dirasakan masih banyak belum disingkap.

Kata Mona lagi, percubaan pertama itu juga dapat memberikan satu lagi penanda aras dalam meningkatkan kualiti perfileman tempatan di peringkat global.

mona2 - 1

Mona sahut cabar hasilkan filem bahasa Kantonis.

"Saya bukan mahu melupakan filem bahasa ibunda sendiri tetapi lebih baik rasanya kita mendapat pendedahan dan berkarya dengan bahasa berbeza.

"Ia sesuatu yang baik untuk industri, perniagaan dan pengiktirafan. Perjalanan menghasilkan Rain Town bukan sekadar berkongsi jalan cerita tetapi saya belajar budaya bangsa lain.

"Walaupun etnik di Malaysia tinggal di atas rumpun yang sama tetapi kita masih belum benar-benar mengenali sesama bangsa selagi kita tidak masuk ke dalam 'rumah' mereka," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Stesen TV hanya angkat drama Mandarin, Chew Kin Wah kecewa bahasa Kantonis diabaikan di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sayu Yang Syukur' akhirnya masuk pawagam, ada sebab Aaron Aziz peram filem 8 tahun

Dalam pada itu, Mona memberitahu dia berminat menghasilkan filem berbahasa Kantonis kerana mahukan cabaran.

Besar harapan Mona agar percubaan pertamanya ini dapat membuka mata penggiat seni untuk berani keluar daripada zon selamat mereka.

Rain Town bukan sekadar berkongsi jalan cerita tetapi saya belajar budaya bangsa lain.

TUNKU MONA RIZA

PENGARAH

"Saya suka melakukan sesuatu yang lebih mencabar, bukannya tak boleh buat filem Melayu cuma saya mahukan kelainan.

"Sebelum ini pun saya pernah mengarahkan iklan pelbagai bahasa seperti Cina, Kemboja, Vietnam tapi untuk filem sudah tentu lebih besar dan mencabar. Ini untuk mencabar diri sendiri.

"Insya-Allah kalau Rain Town berjaya, saya berharap pengkarya dan pembikin filem orang Melayu kita ini akan terbuka hati untuk venture dalam menghasilkan filem bahasa asing," ujarnya.

mona1 - 1

Rain Town mengisahkan tentang konflik keluarga Choo.

Rain Town mengisahkan tentang seorang bapa iaitu Choo yang suka bertaruh serta mengatur kehidupan anak-anaknya sehingga menimbulkan konflik keluarga.

Filem ini diterajui barisan pelakon hebat termasuk Chew Kin Wah dan Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.

Rain Town akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 Februari 2024 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain