suria

[V] Seronok James Wan dapat kembali ke Malaysia, sampai KL terus cari laksa dan durian... Datang promosi filem ‘Aquaman and The Lost Kingdom’

PENGARAH Hollywood terkenal, James Wan berasa cukup teruja apabila dapat kembali ke Malaysia mempromosikan filem terbaharu arahannya berjudul Aquaman and The Lost Kingdom.

Peluang pulang ke negara ini, James memberitahu dia sempat mengunjungi beberapa lokasi di sekitar ibu kota dan menikmati hidangan kegemaran yang dirindui selama ini.

"Sampai saja di Kuala Lumpur saya terus order laksa, nasi ayam Hainan dan sudah tentulah durian!" katanya kepada pemberita.

JAMES 2

James bersama rakan media dan influencer dari seluruh Asia, di Aurum Theatre The Exhange TRX

James berkongsi mengenai perkara itu semasa ditemui di sidang media filem berkenaan yang diadakan di Aurum Theatre, The Exchange, TRX, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bercakap mengenai filem Aquaman and The Lost Kingdom, James berkata filem ini berbeza daripada siri pertama kerana penonton dapat melihat watak Aquaman memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘MagiK’ angkat kisah gadis pekak, hasrat penerbit adakan 7 tayangan khas untuk komuniti tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Berbakat macam ibunya, anak Amanda Misbun cabar diri bawa watak budak pekak dalam ‘MagiK’

Dalam pada itu, James yang juga merupakan anak kelahiran Malaysia ini turut menyatakan minat untuk menghasilkan filem bergenre romantik komedi selepas ini.

"Saya suka romantik komedi, teringin untuk buat satu hari nanti tapi saya rasa genre sains fiksyen lebih menarik untuk diceburi selepas ini," katanya semasa ditemu bual secara eksklusif oleh mStar.

JAMES 3

James Wan teruja dapat menikmati makanan kegemarannya durian dan laksa di Kuala Lumpur.

James yang merupakan pengarah filem Conjuring dan Insidious turut berbesar hati menampilkan Malaysia dalam filem arahannya akan datang.

Untuk rekod, Aquaman and The Lost Kingdom merupakan kesinambungan kepada filem Aquaman yang diterbitkan pada tahun 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain