suria

[V] Selalu cuai, mujur ada ‘bodyguard’ bantu Nora Danish... Suami pun tak risau keselamatan di luar

BAGI mengatasi masalah cuai dan sering lupa, pelakon Nora Danish mengupah pengawal peribadi bagi mengawasi dan membantu aktiviti hariannya.

Kata Nora, 41, keputusan tersebut dibuat atas kehendak suaminya iaitu Nedim Nazri Aziz.

“Saya pasang pengawal peribadi ini sebab kadang-kadang saya leka, barang selalu tertinggal, telefon pun entah kemana.

Nora 1

Nora Danish bersama pengawal peribadi ketika ditemui media.

“Ini suami yang pasangkan pengawal peribadi kepada saya sejak mula berkahwin lagi. Tapi bagi saya bersendirian lebih baik,” katanya kepada mStar.

Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Kata Nora, kewujudan pengawal peribadi itu sedikit sebanyak menjadikan urusan hariannya lebih mudah.

Malah, suaminya juga tidak perlu risau keselamatannya ketika berada di luar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ‘birthday’ anak bersama, netizen puji Nora Danish masih jaga hubungan baik dengan bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish fokus keluarga, buka produksi sendiri kerana tak mahu tinggalkan dunia seni

“Bila tiada pengawal, saya kena bawa kereta sendiri, suami pula telefon 24 jam sebab risau saya dekat mana.

“Jadi, dengan ada pengawal keselamatan ini, dia akan membantu saya banyak la,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi pengalaman berlakon filem Sayu Yang Syukur, Nora berkata, pengarah iaitu Datuk Aaron Aziz mempunyai masa depan yang cerah sebagai sutradara.

Nora 2

Antara barisan pelakon Sayu Yang Syukur.

“Di set pengambaran. Aaron memahami dan tidak seperti segelintir pengarah lain yang disifatkan sebagai besar kepala.

“Saya memang nampak dia ini mempunyai peluang besar dalam menjadi pengarah,” ujarnya.

Sayu Yang Syukur akan ditayangkan di pawagam bermula pada 28 Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain