suria

Lagu masuk AJL38, Shiha Zikir hairan pencapaian sering dipertikai... “Mungkin orang ingat saya terpaling popular”

Shiha lolos ke AJL buat kali ketiga.

KEJAYAAN lagu Kalam layak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kesal apabila pencapaiannya sering menjadi pertikaian segelintir pihak.

Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang penyanyi hebat atau popular, sebaliknya kekal berada dalam industri menghasilkan karya terbaik demi peminat.

"Saya tak tahu kenapa ada pihak yang selalu mempertikaikan kejayaan saya.

"Mungkin orang ingat saya ni terpaling popular disebabkan pencapaian yang dikecapi sebelum ini.

shiha 3

Shiha anggap diri masih kerdil dalam bidang nyanyian.

"Hakikatnya sehingga kini, saya masih lagi rasakan bahawa saya bukanlah orang yang dikenali.

"Biarpun ada ramai pengikut di platform media sosial, namun jika hendak dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain, mereka jauh lebih gah meraih populariti daripada saya," katanya kepada mStar.

Ditanya tentang cemuhan segelintir netizen yang melabelkan Kalam sebagai sebuah lagu sendu, Shiha berkata dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula... “Rasa puas dapat kongsi rezeki”

ARTIKEL BERKAITAN: Fobia naik pesawat punca tolak persembahan di Indonesia, Shiha Zikir takut kapal terbang terhempas di laut

"Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 buah karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” jelasnya.

"Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.

"Pada edisi AJL36 barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.

"Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan," ujarnya.

Kalam nukilannya bersama komposer muda Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves tersenarai antara 12 lagu yang layak bertanding di pentas AJL38 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada Mac tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain