suria

Kes penyanyi maut ditikam di Klang, suspek sudah 2 tahun kejar cinta cemburu mangsa kongsi foto teman lelaki

Mangsa cedera di bahagian depan dan belakang badan.

IDENTITI mayat seorang wanita yang ditikam bertubi-tubi menggunakan pisau oleh seorang lelaki di parkir sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 5, Klang pada Selasa telah pun dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, wanita berkenaan dikenali sebagai Xu Jia Ling merupakan seorang penyanyi tempatan.

Memetik laporan China Press, hasil siasatan mendapati penyanyi berusia 26 tahun itu ditikam oleh lelaki yang mengejar cintanya sejak dua tahun lalu.

Screenshot-2023-12-20-085941

Mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan kerana cemburu selepas mangsa berkongsi foto bersama teman lelaki di media sosial pada Ahad lalu.

Menurut fakta kes, kejadian tersebut difahamkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa berjumpa dengan suspek di restoran sebelum ditikam berdekatan kenderaan selepas mereka selesai makan tengah hari.

Malah suspek juga membawa pulang mayat mangsa ke rumahnya dan cuba menyedarkan mangsa namun tidak berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rap, Chinx Drugz Mati Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara berebut tanah RM6.4 juta, pelakon veteran Bollywood mati dibunuh anak sendiri

"Pada 4.20 petang, suspek ditangkap sepasukan polis dari Cawangan D9, IPD Klang Selatan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir," katanya.

Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasil bedah bedah siasat juga menunjukkan terhadap mangsa mendapati banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain