suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Rap, Chinx Drugz Mati Dibunuh

Chinx mati akibat ditembak.

PENYANYI rap, Chinx Drugz yang terkenal dengan lagu I'm a Coke Boy ditemui mati dalam satu kejadian di New York pada awal pagi Ahad lalu.

Chinx atau nama sebenarnya Lionel Pickens, 31, dikatakan menaiki kereta Porsche dan terkena tembakan di kawasan Queens Boulevard sekitar pukul 4 pagi.

Sewaktu kejadian, Chinx dipercayai telah ditembak beberapa kali serta rakannya pula dipukul dari belakang dan kini masih bertarung nyawa di hospital.

Pengurus penyanyi ini turut memaklumkan kematian Chinx menerusi akaun instagram miliknya.

"Dengan berat hati The Legion Media Group dan 4 Kings Managment memaklumkan Lionel 'Chinx' Pickens telah pergi meninggalkan kita semua," katanya menerusi keterangan gambar.

Chinx Drugz.

Artikel Lain