suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Patrick Dempsey Sangkal Disingkir Daripada 'Grey's Anatomy'

Patrick Dempsey yang popular menerusi watak Dr. Derek Shepherd mengejutkan peminat apabila mengumumkan menarik diri daripada drama bersiri tersebut.

PELAKON Patrick Dempsey menyangkal dakwaan terbaharu kononnya dia dibuang daripada Grey's Anatomy selepas ditangkap menjalinkan hubungan dengan salah seorang krew di set penggmbaran drama siri popular itu.

Patrick yang popular sebagai Dr. Derek Shepherd dimatikan wataknya menerusi musim terbaharu siri itu baru-baru ini sehingga menimbulkan kekecohan dikalangan peminat.

Turut dilaporkan, Patrick bercerai dengan isterinya, Jillian Fink baru-baru ini selepas mendapat tahu kecurangan suaminya dengan perempuan tersebut.

Jillian mendapat tahu perkara itu selepas pelakon Ellen Pompeo yang memegang watak sebagai Dr. Meredith Grey dilaporkan memberitahu wanita berkenaan.

Bagaimanapun, jurucakap Patrick dalam satu kenyataan menyangkal semua dakwaan tersebut dan menegaskan keputusan aktor itu meninggalkan siri berkenaan kerana jadualnya padat dengan perkara lain.

"Tuduhan tersebut mengarut dan ia sama sekali tidak benar," katanya.

Patrick Dempsey, Grey's Anatomy.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia