Peminat Kurang Ajar, Kim Dong Wan Mohon Maaf - Bintang Global | mStar

Peminat Kurang Ajar, Kim Dong Wan Mohon Maaf

Kim Dong Wan
AHLI kumpulan Shinwa iaitu Kim Dong Wan memohon maaf selepas memuat naik gambar seorang wanita di laman sosial Facebook yang dikatakan biadap dan kurang ajar.

Menurut laporan Soompi sebaik sahaja gambar tersebut di paparkan, peminat bertindak membuat serangan peribadi terhadap wanita itu dan menerima pelbagai ugutan.

Menerusi status di laman Facebook, Kim melahirkan rasa bersalah dan memohon maaf terhadap wanita itu serta meminta orang ramai tidak lagi mengaibkan individu tersebut.

"Saya dengar wanita itu menerima serangan peribadi yang dahsyat. Minta semua orang tolong hentikan kerana ia menjadi kesalahan saya juga yang tidak berfikir panjang untuk memuat naik gambar itu," katanya.

Terdahulu, Kim memuat naik gambar tersebut kerana wanita itu berlari, memijak kaki dan melanggar bagasi orang awam di lapangan terbang kerana ingin berjumpa kumpulan Shinwa.

Perbuatan tersebut sedikit sebanyak dikatakan boleh memburukan nama Shinwa kerana mempunyai peminat fanatik yang biadap.
Kim Dong Wan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Hujung minggu yang panjang pada 2019

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit