suria

Kemenangan anugerah MACP dipertikai... Reedzwann anggap rezeki tiga lagu hit, tanda karya diterima ramai

Reedzwann anggap anugerah sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

PENYANYI Reedzwann menyedari ada segelintir pihak kurang senang dengan kemenangannya bagi kategori Komposer Muda Berpotensi semasa malam Anugerah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang berlangsung pada 11 Disember lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Kahirol Husni, 23, berkata dia tidak pernah mengharapkan kemenangan namun menanggap ia sebagai rezeki selepas tiga buah lagu hasil karyanya mendapat sambutan luar biasa menerusi saluran YouTube.

"Saya tahu ramai yang persoalkan kemenangan saya kerana saya baharu lima tahun dalam industri ini.

334573044_1876107829422064_7207145668095296667_n

Reedzwann anggap setiap anugerah adalah pembakar semangat.

"Tapi ini mungkin rezeki saya selepas ketiga-tiga buah lagu saya mendapat sambutan di YouTube.

"Mungkin orang tak kenal saya tapi mereka kenal karya saya," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Reedzwann, kehadirannya di dalam industri seni bukannya untuk bersaing sebaliknya dilakukan kerana minat mendalam.

Malah dia juga mengakui sedikit kecewa apabila terdapat segelintir pihak yang tidak menyukai kemenangan yang diberikan kepadanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Strategi Reedzwann cipta lagu ada kesinambungan menjadi, ‘Tercipta Satu Senyuman’ dapat 10 juta tontontan

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Reedzwann ditolak selepas jadi penyanyi, dipandang tiada masa depan... Sedih digantung tak bertali

"Saya tak minat bersaing dengan cara yang tidak sepatutnya. Saya bukan duduk dalam industri dan buat lagu untuk bersaing... ini bukan gelanggang tapi ini tempat saya berkarya.

"Jadi kalau saya dapat anugerah itu mungkin karya saya diterima oleh orang tapi kalau orang cakap perkara macam itu dekat saya, itu tidak baik.

"Saya tak mampu nak puaskan hati orang tapi saya buat perkara ini pun kerana minat," katanya lagi.

Meskipun begitu, Reedzwann tetap meluahkan rasa syukur kerana bakat yang dimilikinya itu mula diterima ramai.

rez 2

Reedzwann gembira karya dikenali dalam kalangan peminat.

Malah, anugerah yang diterima itu menjadi pembakar semangat buat dirinya memandangkan sebelum ini dia pernah berputus asa untuk menjadi penyanyi.

"Saya pun sebenarnya bersyukur sangat dapat anugerah ini kerana saya letakkan industri ini sebagai satu minat yang boleh saya jadikan kerjaya.

"Dulu saya pernah mengalah! Setahun saya sorokkan diri dari industri dan tak buat apa-apa termasuklah tak post di media sosial, tambah pula negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi saya rasa susah untuk berkarya.

"Saya hampir nak berhenti menyanyi. Saya pernah pasang niat itu tetapi semangat datang kembali apabila karya saya mendapat sambutan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain