suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelawak Isma Aliff kritikal, ditidurkan selepas alami jangkitan pada paru-paru

Keadaan Isma kritikal selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

PELAWAK dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah pelawak berusia 59 tahun itu terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Kata Hafiz, pelawak berkenaan dimasukan ke hospital beberapa hari lalu kerana serangan angin ahmar.

12333

Isma Alif dikejarkan ke hospital.

"Semalam doktor juga sahkan yang jantung beliau bengkak dan tahap oksigen beliau juga menurun.

"Hari ini doktor tidurkan beliau untuk memasukan ubat antibiotik," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Isma merupakan pelawak gandingan bersama Allahyarham Mr. Os sekitar era 80an.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Lawak 7: Astro Akui Penonton Kurang Senang Cara Isma Alif

ARTIKEL BERKAITAN: "Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam" - Acappan

Malah dia bersama Mr Os juga pernah terlibat dalam program Maharaja Lawak Mega 2013 selain turut menjadi juri tetap kepada Raja Lawak 7.

Dia juga pernah membintangi filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain