suria

Kutip RM8 juta dalam 4 hari, ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ bakal masuk pawagam Korea Selatan, Jepun dan Taiwan

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa akan ditayangkan di tiga buah negara iaitu Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

FILEM aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM8 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan.

Tidak hanya itu, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Penerbit filem tersebut iaitu Josiah Chieng dalam satu kenyataan media kepada mStar berkata, kejayaan naskhah itu menembusi pasaran antarabangsa adalah pencapaian membanggakan kerana ia secara tidak langsung dapat mengangkat kualiti filem tempatan ke peringkat dunia.

Sementara itu, filem tersebut tidak hanya mendapat pujian penonton malah pengarah Syafiq Yusof yang menyifatkan produksi filem itu cukup luar biasa selain lakonan barisan pelakon membanggakan.

air-force-the-movie-selagi-bernyawa-a

Salah satu babak dalam Air Force The Moive.

Kata Syafiq, tidak mudah menghasilkan filem sebegini selain kehebatan sesebuah filem itu subjektif kerana selera penonton itu berbeza namun karya berkenaan jelas memperlihatkan usaha dan kesungguhan bagi menghasilkan naskhah berkualiti.

"Kita dapat lihat bagaimana pasukan produksi memberikan sepenuh jiwa raga mereka untuk menghasilkan yang terbaik demi penonton Malaysia. Semangat ini harus dicontohi oleh semua pembikin filem Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Biarlah orang tengok sejarah silam saya” - Filem ‘Brother Gun’ angkat kisah benar ketua kongsi gelap

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil pemain bola sepak sebenar sebagai pelakon, Anak Rimau The Movie mampu tarik anak muda minat sukan

"Ayuh! Sokong filem tempatan!," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain