suria

“Biarlah orang tengok sejarah silam saya” - Filem ‘Brother Gun’ angkat kisah benar ketua kongsi gelap

Abdullah sendiri akan tampil berlakon dalam Brother Gun.

MENGANGKAT kisah seorang pemuda yang juga merupakan ketua kongsi gelap, filem Brother Gun dijangka bakal menarik perhatian penonton bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke luar negara.

Menurut Penerbit Eria Ventures Sdn Bhd iaitu Fazli Hassan, pihaknya yakin karya arahan Ikhwansha Hazer ini akan menerima sambutan hebat penonton kerana mengangkat kisah benar bekas ketua kongsi gelap iaitu Brother Gun atau nama sebenarnya Datuk Abdullah Ghani Kassim.

"Nama Brother Gun ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut disebut-sebut di beberapa buah negara lain kerana sejarahnya sebagai seorang ketua kongsi gelap sebelum ini.

brother 2

Fazli (kanan) selaku penerbit yakin filem ini akan box-office.

"Oleh kerana itu kami bukan sahaja mensasarkan filem ini untuk tayangan di Malaysia, malah pasaran antarabangsa.

"Penggambaran akan dilakukan dalam dua versi. Satu untuk tayangan tempatan yang pastinya mengikut garis panduan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan versi sedikit berbeza untuk tayangan luar," katanya kepada mStar.

Fazli ditemui ketika majlis menandatangani perjanjian usahasama penerbitan filem tersebut yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sementara itu, Abdullah Ghani yang turut hadir dalam majlis tersebut memberitahu dia tidak bimbang jika filem ini membongkar kisah silamnya yang dianggap sendiri sebagai satu detik hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil pemain bola sepak sebenar sebagai pelakon, Anak Rimau The Movie mampu tarik anak muda minat sukan

ARTIKEL BERKAITAN: 15 kali tonton air mata tetap berderai, Ahmad Tarmimi Siregar harap ‘Perjalanan Pertama’ turut sentuh hati penonton

Bagi Abdullah apa yang penting adalah jalan cerita di akhir filem tersebut memberi pengajaran dan memaparkan penyesalan dirinya atas perbuatan lampau.

"Sebenarnya sudah banyak produksi yang mahu menerbitkan filem tentang perjalanan hidup saya. Namun saya tolak kerana jalan cerita yang tidak menarik dan ada yang hanya menghantar wakil sahaja berjumpa saya.

"Kali ini penerbit Erika Venture sendiri datang berjumpa dan menyatakan hasrat mereka, sebab itulah saya mudah memberi kata setuju.

Biarlah orang tengok kisah silam saya. Apa yang penting adalah pengajaran di akhir cerita ini

DATUK ABDULLAH GHANI KASSIM

"Biarlah orang tengok kisah silam saya. Apa yang penting adalah pengajaran di akhir cerita ini. Saya tidak mahu anak bangsa kita terjerumus dalam aktiviti yang pernah saya lakukan sebelum ini," jelasnya.

Brother Gun akan memulakan penggambaran pada Oktober ini dan ia dijangka ditayangkan tahun hadapan.

Beberapa nama pelakon lelaki telah dipilih memegang watak sebagai Brother Gun selain Abdullah sendiri bakal tampil dalam filem tersebut.

Filem ini akan menjalani penggambaran di beberapa buah negara yang pernah dikunjungi oleh Abdullah termasuk Thailand, Indonesia dan Arab Saudi.

Untuk babak aksi yang lebih menarik, produksi turut mendapatkan kerjasama pengarah aksi terkenal dari Indonesia iaitu Ario Sagantoro yang sebelum ini pernah terlibat menghasilkan filem The Raid.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain