suria

Tak sempat tarik nafas, 'Anak Perjanjian Syaitan' cabar adrenalin penonton! 8 sebab anda wajib tonton filem seram ini

Chacha Maembong dan Nadzmi Adhwa sebagai watak utama filem Anak Perjanjian Syaitan.

BERSEMPENA bulan Halloween filem Anak Perjanjian Syaitan wajib menjadi pilihan peminat cerita-cerita seram untuk mencabar adrenelin mereka.

Digarap berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat Nusantara dengan adegan-adegan ngeri pastinya meninggalkan pengalaman traumatik kepada anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran ‘Anak Perjanjian Syaitan’... Nadzmi Adhwa terima gangguan, Chacha Maembong tak fikir panjang

ARTIKEL BERKAITAN: Entiti muncul dalam rakaman telefon Siti Saerah - “Ada pakcik datang bagi warning tempat itu keras”

Lebih mengujakan apabila filem ini bakal membuatkan anda merinding bulu roma dengan runut bunyi dan jalan ceritanya yang amat mendebarkan!

Berikut mStar senaraikan 8 sebab kenapa anda wajib tonton filem Anak Perjanjian Syaitan.

Poster Anak Perjanjian Syaitan.

1. Melihat kepada posternya sahaja pasti ada di antara anda yang sudah membayangkan mengenai keperitan dan penderitaan yang dihadapi Azlinda lakonan Chacha Maembong yang terpaksa menanggung kesengsaraan akibat perbuatannya sendiri.

2. Lakonan Chacha Maembong dan Nadzmi Adhwa juga perlu diberi pujian kerana berjaya membawa watak sebagai pasangan suami isteri yang sudah tujuh tahun berkahwin tetapi tidak mempunyai cahaya mata dengan cemerlang meskipun ia gandingan baharu buat mereka.

Tidak dilupa, watak ibu mentua kepada Azlinda iaitu Puan Rahmah lakonan Jasmin Hamid yang muncul menerusi beberapa babak sahaja namun berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

3. Jalan cerita filem itu membuatkan penonton tidak sempat menarik nafas kerana ada sahaja kemunculan adegan-adegan seram yang berterusan selain plot twist yang menarik.

4. Kemunculan teknologi kesan khas seperti computer generated imagery atau CGI, screenplay dan cinematografi dalam filem ini amat mengagumkan, berbeza dari filem-filem lain kerana suntingan tampak real tidak kelihatan seperti kesan animasi.

Kerja suntingan menimbulkan 'mood' seram buat penonton.

5. Berbeza dengan filem seram lain, Anak Perjanjian Syaitan tidak perlu try hard menggunakan teknik jump scare untuk menakut-nakutkan penonton kerana babak yang dipapar dengan bantuan audio yang seram berjaya menghasilkan bunyi-bunyi seram membuat penonton merinding bulu roma.

6. Pemilihan lokasi yang baik dengan babak tepi pantai dan diberi efek silhouette.

7. Salah satu babak dalam filem ini yang penonton tak boleh terlepas iaitu ketika bapa Cikgu Zaidy mahu membuang saka ibunya yang menjalani penggambaran menggunakan cahaya bulan.

8. Lebih membanggakan apabila penulis disogok dahulu dengan kenyataan pengarah yang agak menarik. Menurut Pengarah filem ini iaitu Helmi Yusof, ia adalah naskah pertama bergenre seram yang berjaya dihasilkannya dan berdepan dengan pelbagai gangguan misteri sepanjang penggambaran termasuk pelakon utamanya, Chacha Maembong dan Nadzmi Adhwa.

Antara babak seram dalam filem Anak Perjanjian Syaitan.

Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Cikgu Zaidy lakonan Nadzmi Adhwa dan isterinya, Azlinda (Chacha Maembong) yang sudah tujuh tahun berkahwin tetapi tidak mempunyai cahaya mata.

Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah (Jasmin Hamid) seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu.

Cikgu Zaidy sering didesak supaya berkahwin lain dan Azlinda berasa tertekan kerana sentiasa dicemuh ibu mertuanya itu.

Cikgu Zaidy kemudiannya memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampung di daerah kelahiran arwah bapanya.

Babak almari jatuh menghempap dua kanak-kanak ini antara yang akan memberi kesan trauma kepada penonton.

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain sehingga dia histeria dan pengsan.

Apabila dibawa ke klinik, Azlinda disahkan telah hamil dan sepanjang tempoh kehamilannya itu, dia sering diganggu perkara misteri dan perutnya juga mengalami tumbesaran secara mendadak dan luar biasa.

Apa kesudahannya filem Anak Perjanjian Syaitan?

Apa kata anda cabar diri dan tonton filem ini seorang diri tanpa teman di pawagam bermula 24 Oktober 2019.

Filem: Anak Perjanjian Syaitan

Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2019

Genre: Seram

Durasi: 1 Jam 35 Minit

Pengedar: Empire Film Solution

Pelakon: Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Shahrulnizam Noor, Azlan Komeng

Pengarah: Helmi Yusof

Anak Perjanjian Syaitan

Artikel Lain