suria

'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' disenarai untuk pencalonan anugerah Oscar 2020

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terpilih untuk pencalonan awal anugerah berprestij Academy Oscar Award 2020.

SYARIKAT produksi animasi Les Copaque sekali lagi menerajui industri animasi tempatan apabila menghantar pencalonan awal anugerah Oscars 2020 bagi kategori Best Animated Feature Film pada Khamis.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berpeluang untuk dicalonkan menerusi kategori “Animated Feature Film” untuk acara Academy Awards ke-92 yang akan berlangsung pada 9 Februari depan.

Siri animasi itu disenaraikan bersama 32 filem terbaik dunia antaranya The Angry Birds Movie 2, Frozen 2, The Secret Life of Pets dan Toy Story 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos RM20 juta, ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ masuk pasaran global termasuk China

ARTIKEL BERKAITAN: Siri Upin & Ipin Menang Dua Anugerah Di Jakarta

"Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain bagi pencalonan Oscars 2020.

"Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa kepada filem ini," tulisnya.

Les Copaque membuat pengumuman terbabit menerusi posting yang dimuat naik ke laman Instagram rasmi miliknya.

Antara posting dimuat naik akaun Instagram rasmi Upin & Ipin.

Karya yang tercalon di Academy Awards ke-92 akan diumumkan pada Januari depan.

Syarikat animasi yang berstatus MSC itu sebelum ini pernah memenangi beberapa anugerah di Jakarta.

Anugerah itu dimenangi menerusi Watak Kartun Yang Paling Diminati dan Kartun Yang Paling Diminati pada Anugerah Ibu dan Anak 2015 di Jakarta melalui siri animasi Upin Ipin selepas mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal hantar penyertaan ke Oscar 2020.

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal itu mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan selain menelan belanja kos sebanyak RM20 juta.

Tempoh lima tahun itu diambil bagi memastikan semua aspek dihasilkan dengan teliti dalam memastikan produk terakhir yang disajikan kepada penonton adalah yang terbaik.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menampilkan suara Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Fakhrul Razi, Ernie Zakri dan Mohd Amir Asyraf.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain