suria

Umisya Mazlan pernah cerai secara taklik gara-gara persoal hubungan Aslam dan Marissa

Umisya (kiri) enggan masuk campur urusan rumah tangga suami dengan isteri kedua (kanan).

SUSULAN pelbagai spekulasi yang tersebar di media sosial, madu kepada Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan tampil memperbetulkan dakwaan punca perceraiannya dengan suami sebelum ini. 

Umisya berkata, perceraian yang pernah berlaku antara dia dan Ahmad Aslam berpunca daripada pelanggaran taklik dan bukan seperti yang difikirkan ramai. 

Kata Umisya, Aslam telah melafazkan taklik yang melarangnya daripada terus membicarakan hubungan suaminya dengan Marissa.

"Disini saya perbetulkan, saya pernah bercerai dengan suami sebelum mereka berkawin.

Perkongsian Umisya di Threads miliknya.

Perkongsian Umisya di Threads miliknya.

"Lafaz taklik berlaku apabila Aslam pernah menyebut  "Kalau kau bercakap fasal ini lagi kita bercerai". Oleh sebab saya melanggar taklik itu, maka kami berpisah. 

"Bukan disebabkan hal-hal lain ataupun diceraikan seperti yang diperkatakan di media sosial," katanya. 

Dalam pada itu, Umisya turut menjawab persoalan ramai mengenai keputusannya untuk terus mempertahankan perkahwinan walaupun berdepan isu kecurangan.

Menurutnya, pada awalnya dia menentang keras dan berhasrat untuk berpisah selepas mengetahui suaminya berkahwin lain, namun keputusan itu berubah selepas melalui proses perbincangan bersama keluarga mentua. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama Aslam ‘berbuih mulut’ nasihat keluarga Marissa ambil tindakan sebelum lebih parah

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan hamil anak keempat? Netizen nampak ‘baby bump’

"Selepas saya mendapati mereka berkahwin, saya membantah sekerasnya dan ingin bercerai, tapi dihalang oleh keluarga mentua saya serta diminta untuk berjumpa kaunselor dan penasihat sebelum saya membuat keputusan.

"Oleh sebab itu, saya cuba yang terbaik, demi anak-anak saya yang mana saya masih memandang kebaikan yang dibuat oleh suami.

"Disebabkan itu saya memberikan peluang dengan cuba untuk menerima poligami ini," ujarnya.  

Umisya (kanan) pernah diceraikan taklik oleh Aslam.

Umisya (kanan) pernah cerai secara taklik oleh Aslam.

Tambah Umisya lagi, keputusan meneruskan perkahwinan mereka juga dibuat dengan mengambil kira tanggungjawab Aslam sebagai seorang bapa, selain peranan pihak kedua dalam keluarga tersebut.

"Pertama, untuk Aslam rasa bebanan tanggungjawab sebagai ayah yang masih bertanggungjawab kepada anak-anak kecil dan juga untuk dia sebagai isteri kedua ataupun mak tiri kepada anak-anak saya yang ingin menerima poligami ini.

"Sepanjang poligami, Aslam sebagai suami telah menjalankan tanggungjawab dan saya bersama keluarga menjadi saksi dalam memperbetulkan rumah tangga kami. 

Umisya menjawab persoalan ramai kenapa masih bertahan dalam perkahwinan.

Umisya menjawab persoalan ramai kenapa masih bertahan dalam perkahwinan.

"Selebihnya tentang rumah tangga yang lain, saya tidak masuk campur. Tapi untuk saya dan anak-anak Alhamdulillah semuanya digalas dengan baik dan sewajarnya," katanya. 

Untuk rekod, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 5, Nuh, 4, dan Haya, setahun.

Sebelum ini, nama pasangan ini menjadi perhatian selepas Aslam disahkan berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, sekali gus menjadikan Umisya sebagai isteri pertama dalam perkahwinan poligami tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain