suria

Walaupun tidak pernah dapat hak sebagai isteri, Marissa Dania tegas isu lama tak perlu dibangkitkan

Marissa (kiri) mendakwa tidak pernah mendapat hak sebagai seorang isteri.

KISAH rumah tangga anak pelakon Abby Abadi nampaknya masih belum menemui titik penamat apabila, Marissa Dania mendakwa isu lama terus dibangkitkan oleh pihak tertentu.

Marissa, 20, berkata perkara-perkara yang berlaku sebelum perkahwinannya tidak seharusnya dijadikan isu. 

"Adakah wajar untuk terus membangkitkan perkara-perkara sebelum perkahwinan sedangkan saya tidak melakukan apa-apa selepas itu?," katanya. 

Perkongsian Marissa di Threads miliknya.

Perkongsian Marissa di Threads miliknya.

Marissa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada petang Selasa. 

Biarpun mengakui segala kesilapan lalu, namun Marissa menegaskan dia tidak pernah mengganggu atau melakukan provokasi selepas bernikah.

Kata Marissa, dia juga tidak pernah bersuara meskipun tidak pernah mendapat hak sebagai isteri. 

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan pernah cerai secara taklik gara-gara persoal hubungan Aslam dan Marissa

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama Aslam ‘berbuih mulut’ nasihat keluarga Marissa ambil tindakan sebelum lebih parah

"Saya akui salah dan khilaf. Saya tidak menganggu atau melakukan sebarang provokasi selepas bernikah. 

"Malah saya tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, seadilnya dan saya juga tidak menuntut apa-apa mahupun berkata apa-apa," katanya. 

Sementara itu, Marissa turut mempersoalkan tindakan mendedahkan kelemahan seseorang demi mendapatkan sokongan.

“Adakah kita benar-benar perlu mencari sokongan dengan mendedahkan kelemahan seseorang?," ujarnya.

Untuk rekod Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain