suria

[V] “Biarlah jadi rahsia sebab hidup tak lari daripada orang berhasad dengki” - Siti Saerah

PENYANYI Siti Saerah menegaskan hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini bukan ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya hanya sekadar luahan yang terbuku di hati.

Saerah atau nama sebenarnya Siti Nursairah Tarudin, 42, berkata perkongsian tersebut hanyalah cara untuk melepaskan rasa yang terpendam.

“Tak ada apa yang perlu dijelaskan. Apa saya tulis itu sekadar luahan hati. Bila dah diluahkan, biarkan saja tak perlu saya huraikan lagi dan biar ia berlalu.

“Biarlah menjadi rahsia, sebab dalam hidup ini kita memang tak lari daripada orang yang berhasad dengki.

Saerah bersama anaknya Ammad Dayyan ketika majlis pelancaran lagu Mendewasa.

“Apa yang penting, saya ajar anak-anak supaya sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain,” katanya kepada mStar.

Saerah yang ditemui ketika majlis pelancaran lagu baharu anaknya, Ammad Dayyan berjudul Mendewasa, turut menasihati orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi ketika mahu membuat hantaran di media sosial.

“Saya sendiri tak pernah bersikap negatif terhadap sesiapa, jadi saya harap orang di luar sana pun beringat… perasaan buruk itu tak perlu dijadikan ikutan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan berpaksikan syirik” - Siti Saerah minta hentikan perbuatan buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saerah kongsi keadaan anak sebelum persembahan, netizen dakwa nampak makhluk bertenggek di bahu Amad

“Perasaan yang negatif  itu tak beri apa-apa manfaat, lebih baik kita doakan yang baik-baik,” ujarnya.

Mengulas lanjut, adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata apa jua cabaran mendatang, dia akan tetap mempertahankan keluarganya.

“Sudah tentu sebab apa pun yang terjadi, saya akan pertahankan keluarga saya kerana itu keutamaan dalam hidup saya sekarang.

Hantaran yang dimuat naik Saerah sebelum ini di Instagram miliknya.

“Saya pun jenis yang positif dengan semua orang dan tak suka bersangka buruk, sebab itu saya lebih berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, Saerah mencuri perhatian netizen selepas memuat naik status di Instagram yang dilihat seperti memberi peringatan kepada individu yang didakwa berniat buruk terhadap keluarganya. 

Dia turut menasihatkan supaya perbuatan sedemikian dihentikan dan menjaga aib diri sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain