SELEPAS isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengajak mencari jalan damai, penyanyi Nubhan tampil memberi reaksi balas terhadap kemelut rumah tangga yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Menurut Nubhan, keadaan kini semakin rumit untuk diperbetulkan apabila pelbagai spekulasi dan tuduhan terus bertebaran.
"Isteri nak pilih jalan damai itu adalah cara terbaik. Tapi sekarang ini spekulasi semakin banyak dan rancak bertebaran di media sosial.

Dr Afifah yang meminta jalan damai.
“Saya hormat dia sebagai ibu kepada anak-anak kami,” katanya kepada mStar.
Nubhan ditemui selepas tamat konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor (MBSA) pada malam Ahad.
Ditanya mengenai hantaran yang dimuat naik di InstaStory bertulis ‘Amber Heard’ yang dikatakan menyindir isterinya, Nubhan menjelaskan mesej itu bukan ditujukan kepada sesiapa.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah rayu Nubhan pilih jalan damai demi anak-anak... “Dulu sayalah penyokong terbesar awak”
ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Tular mesej peribadi Dr Afifah tentang dakwaan tuntutan RM5 juta daripada Nubhan… “Kami tak bodoh, memang aku layak dapat”
"Saya cuma ingin kata, hentikan segala kecaman dan kata-kata tidak baik. Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Harap semua orang hormat perkara itu," ujarnya.
Dalam masa sama, Nubhan mengakui fokusnya kini tertumpu kepada kerjaya seni dan saingan dalam program GV12.
Biarpun dihimpit dugaan peribadi, Nubhan bersyukur masih dikelilingi individu yang tidak pernah berhenti memberi sokongan moral.
Tetapi sekarang ini spekulasi dan semakin banyak dan rancak
NUBHAN
PENYANYI
"Kekuatan saya adalah anak-anak dan ibu. Mereka sentiasa dalam fikiran dan siapalah saya tanpa mereka.
"Saya juga bersyukur kerana peminat dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan serta kepercayaan. Jika tiada kepercayaan itu, saya tiada kekuatan untuk membuat persembahan.
"Saya cuba untuk kuat dan fokus. Semuanya saya serahkan kepada Yang Maha Esa," luahnya.

Nubhan mahu terus beri fokus di penta GV12.
Pada minggu kedua GV12, Nubhan membawakan lagu Dambaan Pilu yang pernah dipopularkan oleh Khai.
Tampil memberi persembahan bertenaga, dia sekali lagi mendapat kepercayaan juri dan berjaya menduduki tempat kedua pada minggu tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


