PENYANYI Aina Abdul terkejut apabila mendapati majoriti pendengar lagu-lagunya datang dari Indonesia berbanding Malaysia.
Menurut Aina, hasil semakan laporan analitik di semua platform digital menunjukkan 70 peratus pendengar berasal dari negara jiran itu.
“Baru-baru ini saya semak laporan data pendengar di semua platform digital dan saya tak tahu nak sedih atau gembira apabila mendapati 70 peratus pendengar saya adalah dari Indonesia.

Aina terkejut 70 peratus pendengar lagunya dari Indonesia.
“Jadi saya tak tahu nak sedih atau tidak bila orang Malaysia tak dengar lagu saya. Tapi dalam masa sama saya terkejut dengan data yang diperoleh,” katanya dalam program audio siar Confession Bilik Gelap musim kelima.
Menurut Aina, sejak kemunculan lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu jumlah pendengar dari Indonesia semakin meningkat dan angka itu terus melonjak menerusi lagu terbaharunya berjudul Sesaat.
“Sejak lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, saya sudah mula menerima pendengar dari Indonesia dan paling terbaharu apabila saya membuat semakan selepas kemunculan lagu Sesaat, lebih ramai pendengar saya datang dari sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Berhati-hati tapi bukan cerewet, Aina Abdul cari ilham di kota Jakarta
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul penuhi impian komposer Indonesia, duet lagu ‘Arah Cinta Sejati’ bersama Fadhilah Intan
“Jadi mana orang Malaysia, tak nak dengar lagu saya ke?” ujarnya berseloroh.
Untuk rekod, lagu Sesaat yang mendapat sentuhan sepenuhnya daripada komposer Indonesia sudah meraih lebih 1.1 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 26 September lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


