suria

Dr Afifah rayu Nubhan pilih jalan damai demi anak-anak... “Dulu sayalah penyokong terbesar awak”

Dr Afifah (kanan) mohon Nubhan selesaikan kemelut mereka dengan baik.

KEMELUT rumah tangga antara penyanyi Nubhan nampaknya masih belum menemui titik noktah apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sekali lagi meluahkan isi hatinya menerusi hantaran di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Afifah dilihat menulis dengan penuh emosi dan kekecewaan terhadap situasi yang sedang melanda dalam hubungan mereka. 

Kata Dr Afifah, dia tidak menyangka segala kepercayaan dan kasih sayang diberikan selama ini berakhir dengan cara tidak diingini. 

"Adakah ini benar-benar cara yang ingin awak gunakan untuk melukakan hati saya? Saya ialah ibu kepada anak-anak awak. 

Perkongsian Dr Afifah di Threads miliknya.

Perkongsian Dr Afifah di Threads miliknya.

"Dulu sayalah penyokong terbesar awak, pengagungmu yang paling setia. 

"Saya pernah mempercayai awak, menyayangi awak sepenuh hati dan saya telah memberikan yang terbaik walaupun mungkin tidak sempurna di mata awak tetapi ini bukanlah cara yang sepatutnya mengakhiri segalanya," katanya. 

Dr Afifah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Dr Afifah turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemelut rumah tangga mereka yang mungkin memberi kesan kepada anak-anak di masa hadapan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua Nubhan didakwa tuntut RM5 juta jika mahu bercerai, siap ‘spill the tea’ kena bahagi harta sama rata

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan bawa anak jumpa pembantu rumah, komen isteri raih perhatian - “Bibik lebih layak?”

Kata Dr Afifah, dia memohon Nubhan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik. 

"Anak-anak kita sedang membesar, tidak lama lagi mereka akan mula memahami. 

"Tolonglah, marilah kita pilih jalan kedamaian," ujarnya. 

Pada 5 November lalu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. 

Peguam yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memakumkan tuntutan berkenaan difailkan terhadap Dr Afifah pada September lalu. 

Kemelut rumah tangga Nubhan (kiri) dan isteri nampaknya masih belum selesai.

Kemelut rumah tangga Nubhan (kiri) dan isteri nampaknya masih belum selesai.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. 

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. 

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain