suria

[VIDEO] Dugaan lagu Cinta, Marsha Milan dedah demo pernah hilang sebelum rakaman… Minta tolong rakan gubah semula

DI SEBALIK persembahan memukau Marsha Milan di malam Anugerah Juara Lagu ke36 (AJL36), ada kisah peribadi yang membuatkan dia begitu emosi ketika di atas pentas.

Menurut Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 37, dia meminta bantuan pemuzik Genervie Kam untuk menyusun semula gubahan lagu berjudul Cinta itu kerana teringatkan Allahyarham bapa mentua yang meninggal dunia tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Neelofa tepat lagi! ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36, Marsha terlepas trofi vokal terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Takziah bapa mentua Marsha Milan meninggal dunia akibat Covid-19

“Semestinya saya banyak berbincang dengan Akim dan Stacy yang merupakan pencipta lagu ini. Mereka memberikan saya kebebasan untuk membawa dengan cara tersendiri di pentas AJL36.

“Lagu ini mengingatkan saya kepada arwah bapa mentua dan saya minta Genervie untuk menghasilkan satu susunan muzik yang dekat dengan diri sendiri.

“Jadi persembahan pada malam AJL36 adalah satu kisah peribadi saya. Mujur saya dapat mengawal emosi ketika di atas pentas,” katanya.

marsha ajl 22

Lagu Cinta ciptaan Akim dan Stacy berjaya menjadi naib juara AJL36. FOTO: Instagram @tv3malaysia

Kemenangan yang diraih sekaligus menjadi satu pencapaian besar dalam kerjaya seninya yang sudah bermula sejak 16 tahun lalu.

Dalam pada itu, Marsha mengakui sedikit terkilan dengan persembahannya malam Ahad itu.

“Saya seorang yang mahukan kesempurnaan. Jadi saya rasa ada sedikit rasa kurang puas dengan persembahan tersebut.

“Sebelum persembahan saya juga tidak berapa sihat. Persembahan pada malam AJL36 sangat mencabar kerana ketika itulah tekak mula rasa gatal dan hendak terbatuk,” katanya.

Selain itu, Marsha turut berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika awal lagu ini dirakam.

Jadi persembahan pada malam AJL36 adalah satu kisah peribadi saya

MARSHA MILAN

PENYANYI

Ceritanya, demo asal lagu berkenaan pernah hilang daripada simpanannya di komputer dan terpaksa meminta bantuan seorang rakan untuk mengubahnya semula mengikut gubahan asal.

“Perjalanan lagu ini sangat mencabar kerana pada awal dahulu ia pernah hilang dari simpanan di komputer. Tetapi saya tetap mahukan lagu ini.

“Untuk dapatkan semula lagu ini ia terpaksa dibuat sekali lagi dan saya mahukan seperti mana gubahan asal ketika itu,” ujarnya.

Bukan hanya berjaya meraih kemenangan dalam kategori persembahan terbaik, malah kemantapan vokal Marsha juga berjaya melonjakkan lagu tersebut di kedudukan naib juara.

marsha ajl 33

Marsha turut memenangi kategori persembahan terbaik

Perkara itu diakui oleh Datuk Mozhani sebagai ketua juri yang memberitahu pemilihan Cinta sebagai naik juara adalah disebabkan persembahan Marsha.

“Barisan juri mendengar semua lagu dari rakaman asal dan pastinya kami ada senarai awal lagu yang boleh menang.

“Bagaimanapun persembahan pada malam AJL36 perlu diambil kira kerana nyanyian rakaman dan secara live tidak sama.

“Nyanyian Marsha telah berjaya membuatkan barisan juri bersetuju memilih Cinta sebagai naib juara,” jelas Datuk Mozhani ketika sidang media.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain