suria

Hamil luar rahim, Shima Anuar hilang banyak darah selepas pembedahan gugur kandungan

Shima menjalani pembedahan akibat hamil luar rahim

PELAKON Shima Anuar berkongsi berita sedih apabila terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim.

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 31, memaklumkan dia kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan kerana banyak kehilangan darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak ketiga, doktor nasihat Shima Anuar duduk rumah... Terpaksa batal semua ‘job’ berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang kongsi foto suami pun jadi isu, Shima Anuar bengang dituduh malu bersuami tua

“Ia sangat menyakitkan. Saya masih berada di unit rawatan rapi.

“Saya kehilangan banyak darah ketika pembedahan dan saya hilang anak yang berusia tiga bulan dalam kandungan kerana hamil luar rahim.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Saya akan kembali sihat,” tulisnya.

shima anuar 2

Shima bersama suami dan dua anaknya

Pada malam Ahad Shima juga dilihat memuat naik satu hantaran di IG story memohon maaf dan doa sebelum dia menjalani pembedahan.

“Maafkan saya. Ampunkan saya jika ada salah dan silap. Doakan saya,” ucapnya.

Pada 17 Februari lalu, Shima berkongsi berita gembira kepada mStar apabila dia mendapat tahu dirinya hamil anak ketiga.

Ia sangat menyakitkan. Saya masih berada di unit rawatan rapi

SHIMA ANUAR

PELAKON

Selepas mendapat nasihat doktor, Shima terpaksa membatalkan semua tawaran kerja di set penggambaran kerana bimbang dia dan kandungannya terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Mohd Solih Toha, 54, pada April 2017.

Pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain