suria

Jarang kongsi foto suami pun jadi isu, Shima Anuar bengang dituduh malu bersuami tua

Shima kongsi komen netizen yang mempersoalkan dia jarang kongsi foto suami.

SIKAP Shima Anuar yang jarang berkongsi foto suami menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa aktres itu malu berkahwin dengan lelaki berusia.

Enggan berdiam diri dengan soalan sedemikian, Shima yang berkahwin dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 54, menjelaskan tiada keperluan untuk dia berkongsi foto suaminya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar disangka hamil gara-gara tunjuk kit ‘double line’, rupa-rupanya ramai tak tahu alat ujian kesuburan - “Rasa kelakar pun ada”

"Untuk menjawab soalan itu, saya tak nampak kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media untuk promote suami saya.

"Beritahu saya, untuk apa? Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia. Tapi bagi saya, semua itu tak perlu selalu sangat ditunjuk satu dunia," ujarnya.

Shima 1

Shima tidak suka kongsi hal peribadi di Instagram.

Terdahulu, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memuat naik paparan skrin komen daripada individu yang mempersoalkan aktres itu jarang berkongsi foto suami.

"Kenapa Shima tak selalu kongsi gambar husband? Adakah sebab husband tua daripada Shima?" tulis individu tersebut.

Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia.

SHIMA ANUAR

PELAKON

Dalam pada itu, Shima juga memberitahu dia kurang berminat untuk aktif di media sosial kerana muak dengan perangai netizen yang suka menilai kehidupan orang lain.

"Saya memang jarang aktif di sosial media sebab saya dah muak. Saya dah muak dengan perangai manusia yang pelik-pelik.

"Ya, saya juga ada akuan peribadi di mana saya kongsi apa saja yang saya mahu tanpa risau dengan penilaian orang," ujarnya lagi.

Shima 2Foto Shima bercuti dengan suami dan anak-anak.

Tambah Shima lagi, dia sedar individu berkenaan menulis komen itu dengan tujuan menarik perhatiannya.

"Saya nak balas komen awak tapi dah tak jumpa komen itu. Tak tahu la awak padam ke apa. Tapi saya sempat screen shot.

"Saya tahu niat awak hanya untuk dapatkan perhatian saya sebab itu awak cakap macam itu. Awak mahukannya? Awak dapat," kata Shima.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain