suria

Shima Anuar disangka hamil gara-gara tunjuk kit ‘double line’, rupa-rupanya ramai tak tahu alat ujian kesuburan - “Rasa kelakar pun ada”

Shima Anuar disangka hamil kerana kongsi alat ujian kesuburan.

GARA-GARA berkongsi video memegang alat ujian kesuburan atau ovulation test kit, pelakon Shima Anuar disangka sudah berbadan dua.

Terhibur membaca komen pengikut di laman Instagram, Shima atau nama sebenar Noor Hashimah Anuar, 30, berkata dia hanya berkongsi pengalaman pertamanya menjalani ujian kesuburan untuk wanita itu.

"Rasa kelakar pun ada. Mereka pula yang teruja bila saya kongsi kit ujian itu...sebenarnya ramai yang tak tahu fasal ovulation test ini sebab itu apabila saya post video pegang stick itu orang ingat saya mengandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahi terbelah akibat langgar bucu tajam, Shima Anuar enggan ke klinik kerana takut dijahit - “Rasa nak pitam... keluar tandas tak larat sampai terhantuk”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua Shima Anuar koma 2 minggu, rebah selepas solat Subuh

"Saya pun baru tahu dan pertama kali cuba, ovulation test ni sebenarnya untuk membantu wanita-wanita yang sedang cuba untuk hamil, kita buat ujian untuk tahu waktu yang sesuai untuk wanita mengandung," katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, Shima memuat naik rakaman pendek memegang kit ujian kesuburan yang kelihatan hampir sama seperti alat ujian kehamilan.

shima 1

Shima kongsi ilmu mengenai ujian ovulasi.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menyangka pelakon filem Highland Tower ini kini berbadan dua.

Malah, ada juga netizen yang menjelaskan semula fungsi dan tujuan kit ujian kesuburan itu.

Bagi saya anak adalah rezeki dari Allah, kita perlu banyak berdoa, usaha dan jangan stres... InsyaAllah masa itu akan tiba!

SHIMA ANUAR

PELAKON

"Wah tahniah jaga diri dan kandungan baik-baik Shima. Semoga dipermudahkan urusan.

"Pantang nampak dua line, semua ingat mengandung. Tu alat untuk uji kesuburan la... bukan untuk check kehamilan.

"Bukan mengandunglah. Tu dia test kesuburan, dia cakap dia tengah subur sekarang ni, bukan bermaksud tengah hamil," tulis netizen.

Shima Anuar keluarga

Shima bersama suami dan dua anaknya.

Sementara itu, Shima berkata tujuannya memuat naik video itu kerana mahu berkongsi ilmu dengan pengikut mengenai kesuburan wanita.

"Saya harap dengan perkongsian itu sesiapa yang sebelum ni susah nak mengandung dapat sedikit info dan tips la.

"Saya pun ada banyak baca tentang ramai suami isteri yang susah untuk dapat anak, harap post tu dapat membantu serba sedikit. Tak salah untuk mereka buat ujian dan dapatkan kit berkenaan.

"Bagi saya anak adalah rezeki dari Allah, kita perlu banyak berdoa, usaha dan jangan stres... InsyaAllah masa itu akan tiba nanti!" ujarnya.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 2, dan Mikhael Imaan, setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain