suria

Dahi terbelah akibat langgar bucu tajam, Shima Anuar enggan ke klinik kerana takut dijahit - “Rasa nak pitam... keluar tandas tak larat sampai terhantuk”

Dahi Shima Anuar luka terlanggar bucu almari.

AKIBAT hampir pitam selepas keluar dari bilik air, pelakon Shima Anuar mengalami luka di bahagian dahi akibat terhantuk bucu tajam pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, Shima atau nama sebenarnya, Noor Hashimah Anuar, 29, berkata, dia menyedari dahinya berdarah namun tidak pasti bagaimana kejadian malang itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar bengang dituduh layan pelanggan kasar, jual laksam hanya kepada orang kaya - “Tak logik! Saya ada bukti mesej perbualan...”

"Saya baik-baik sahaja, Alhamdulillah, jangan risau. Pagi tadi saya bangun nak pergi tandas lepas tu tiba-tiba nak pitam. Keluar tandas je dah tak larat sangat tak tahu terhantuk langgar apa.

Shima Anuar berkongsikan kisah dahi luka di Instagramnya.

"Saya rasa sama ada terkena bucu almari atau dinding. Tak ingat apa," katanya.

Dalam pada itu, Shima berkata, dia tidak ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan berikutan takut dijahit.

Justeru itu, pelakon filem Nasi Kangkang ini membiarkan suaminya menutup luka itu mengunakan pembalut luka (plaster) sahaja.

Saya rasa sama ada terkena bucu almari atau dinding. Tak ingat apa.

SHIMA ANUAR

PELAKON

Rumah tangga Shima Anuar diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata.

"Saya tak pergi klinik pun sebab takut kena jahit ke apa ke. Setakat ini semua okay dah. Terima kasih di atas keprihatinan anda semua," katanya.

Shima yang kini aktif mengusahakan perniagaan makanan laksam berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 44, pada 8 April 2017.

Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

dahi luka, Shima Anuar, pelakon, selebriti

Artikel Lain