suria

Adik Hazama, Yujie peserta kedua tersingkir di konsert Mic ON!

Yujie diumumkan tersingkir program Mic On! minggu lalu.

ADIK kepada penyanyi Hazama, Yujie menjadi peserta kedua tersingkir dalam program realiti nyanyian terbitan Awesome TV, Mic ON! pada minggu lalu yang bertemakan Lagu Runut Bunyi.

Walaupun persembahan Yujie yang membawakan lagu Di Ambang Wati nyanyian asal Datuk Awie mendapat pujian daripada dua juri tetap iaitu Datuk M. Nasir dan Mas Idayu, namun dia diumum menerima markah terendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelanggang Mic ON! dibuka, 12 peserta tunjuk bakat terpendam

Dengan penyingkiran Yujie yang merupakan anak didik pelawak Shuk Sahar, kini tinggal 10 peserta masih lagi meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran juara Mic ON! musim pertama terbitan Awesome TV.



Persembahan Yujie menerusi lagu Di Ambang Wati dapat pujian juri.

Mereka yang masih bertahan ialah Jiwa, Qmir, Azmi, Habib, Aaron, Sunio, Yad, Herman, Ainnur dan Meerlyn.

Pada minggu sebelum ini, peserta Tazrin menjadi peserta pertama tersingkir selepas memperoleh markah terendah.

Untuk membantu para peserta sepanjang program ini, mereka diberi pengurus untuk membantu daripada segi kreativiti persembahan iaitu Shuk, Ropie dan Fad Bocey.

Program realiti ini bersiaran pada setiap Jumaat pukul 9 malam di Awesome TV, saluran 112, MyTV.



Datuk M. Nasir dan Mas Idayu merupakan juri tetap Mic ON!

Siaran ulangan boleh ditonton di laman sesawang rasmi Awesome TV, www.awesometv.my dan penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic ON! melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV.

Mic ON! dihoskan oleh pengacara Nana Mahazan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain