suria

Kongsi tarikh lahir sama, Sharifah Sakinah umum kahwin jejaka Sweden pada 28 Mei depan

Sakinah bakal melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei depan.

PELAKON Sharifah Sakinah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden dikenali, Michael Hansen, 41, pada 28 Mei tahun hadapan.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, berkata, dia memilih tarikh tersebut kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kekasihnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi dah kahwin dengan mat salih, Shiera anggap Sharifah Sakinah hanya bergurau - “Saya tak diberitahu apa-apa pun!”

"Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

"Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab Covid-19, semuanya masih dalam perbincangan," katanya.



Sharifah Sakinah berkongsi tarikh lahir sama dengan Michael.

Sakinah membuat pendedahan tersebut menerusi rakaman dalam program Melodi Extra yang dihoskan Ain Edruce.

Adik kepada penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah ini turut menyatakan dia tidak akan berhijrah ke negara kelahiran bakal suaminya sebaliknya akan terus menetap di Malaysia selepas berkahwin kelak.

Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

"Lepas berkahwin nanti, saya tidak akan berpindah ke sana (Sweden) kerana ingin meneruskan kerjaya seni di sini. Kami akan jalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh, jika saya ke sana pun untuk bercuti, begitu juga dengan Michael," katanya.

Sakinah sebelum ini membuat pendedahan dia sedang bercinta dengan Michael pada September lalu. Pasangan itu dilaporkan berkenalan di sebuah pusat kecergasan.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015.



Sharifah Sakinah bersama anak, Anais Adha.

Menerusi laporan mStar pada 9 Julai lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah bercerai dengan Aliff pada Mei lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain