suria

Atu tidak lagi bersama Zero… setahun berehat Maharaja Lawak Mega 2021 kembali dengan banyak kejutan!

DvuylD9

SELEPAS lebih setahun berehat kerana memberi laluan kepada program The Masked Singer Malaysia, akhirnya program realiti hiburan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) kembali bersiaran buat tahun kesembilan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, MLM2021 kali ini memberikan banyak kejutan untuk penonton antaranya menampilkan gabungan pelawak dalam kumpulan baharu.

"Gabungan yang amat tidak disangkakan sama sekali... sebagai contoh gandingan trio adik-beradik iaitu Zero tidak lagi berada bersama dalam sebuah kumpulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Indonesia, Brunei bakal beri saingan di pentas MLM 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat tema dakwah dalam nasyid, Puteh juara Maharaja Lawak Mega 2019

"Untuk mencetuskan kelainan dan mewujudkan elemen chemistry dengan kumpulan lain, buat julung kalinya Atu telah menyahut cabaran untuk bersama dengan bekas Juara MLM 2016, kumpulan Bocey. Begitu juga dengan kumpulan Puteh, juara MLM edisi 2019, di mana kini mereka bersama Vicha.

"Sejujurnya kami begitu teruja dan merasakan kolaborasi cross-group di antara para peserta MLM ini adalah pendekatan yang cukup berani dan mampu mencetuskan semangat keharmonian, yang mana secara tidak langsung turut membantu mengukuhkan ikatan setia kawan sesama mereka serta memberi contoh persaingan sihat yang baik," katanya kepada mStar.

MLM2021 tampil kelainan kerana beberapa kumpulan baharu muncul dengan ahli berlainan.

Atu tidak lagi bersama Sharif dan Syaiful dalam kumpulan Zero.

Norzeha berkata demikian ketika sidang media MLM2021 yang diadakan secara maya pada Khamis.

Untuk edisi kali ini, 11 kumpulan akan bersaing bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.

MLM2021 disertai oleh kumpulan Boro dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad, Tiro (Danial, Sharif dan Syaiful), kumpulan Puteh (Mamak, Vicha dan Ali), 3OTAK (Phoon Chi Ho, Farid Azmier dan Parakash Daniel), R&R (Man dan Rahim), Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri dan Ropie) dan Otai (Azlee, Ieda Moin dan Acong).

Gandingan trio adik-beradik iaitu Zero tidak lagi berada bersama dalam sebuah kumpulan!

NORZEHA MOHD SALLEH

PENGURUS SALURAN ASTRO WARNA

Selain itu, kumpulan Orix (Yassin, Abu Mamu dan Achok), Cawan (Aliff, Wan Gegau dan Che Mat), Bahye (Zahid, Nizam dan Shashic) dan Taici (Chiwan, Tapai dan Ilham).

Datuk AC Mizal diberi tanggungjawab mengendalikan program ini buat kali kesembilan berturut-turut.

Penjurian kali ini, MLM2021 memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri yang juga merupakan salah seorang dari empat orang lagi juri tetap.

mlm 2

Vicha sertai Puteh, manakala Man pula bergabung bersama kumpulan R&R.

Simboliknya, naga diangkat sebagai karakter pilihan oleh kerana ia merupakan elemen atau watak yang melatari program Maharaja Lawak Mega sejak hari pertama diperkenalkan.

Sama seperti musim terdahulu, empat juri tetap hanya akan diumumkan pada siaran langsung minggu pertama MLM2021.

MLM2021 bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 15 Oktober ini setiap Jumaat pukul 9 malam.

Program ini turut bersiaran secara eksklusif di Astro Warna saluran 107 dan semua platform Astro GO dan On Demand.

Untuk rekod, kumpulan Bocey pernah memenangi MLM untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2016 dan 2017.

Kumpulan Shiro pula diangkat menjadi juara MLM2018 dan piala MLM2019 menjadi milik Puteh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain