suria

Nana Sheme teringin nak berlakon... tak kisah dapat watak sampingan - “Nak masuk kelas lakonan dulu, tak mahu dipanggil kayu”

Nana Sheme ingin menyertai kelas lakonan untuk asah bakat sebelum memasuki set penggambaran.

SELEPAS beberapa tahun bergelar penyanyi, Nana Sheme bertekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mencari pengalaman dalam bidang lakonan.

Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 26, berkata dia sudah lama menyimpan hasrat ingin menceburi bidang lakonan namun masih belum diberikan peluang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai beberapa jam ‘upload’, pembaca mStar jumpa kucing Nana Sheme - “Makcik tu DM jumpa Dusty di kawasan rumah”

"Saya cuma nak try something new, lama dah ingin nak berlakon dari dulu tapi tidak ada keberanian.

"Setakat ini tidak ada lagi tawaran berlakon sebab belum cukup ilmu. Kalau tak cukup ilmu saya memang tak berani lagi nak cuba.

"Saya ada tanya nak ikut kelas lakon kak Nabila Huda tapi ketika itu sudah penuh, sekarang ramai juga cadang ambil kelas lakonan lain," katanya kepada mStar.

Ujar penyanyi Hantu Atau Buaya ini, dia tidak menganggap gelaran penyanyi menjadi tiket mudah untuk dia menceburi dunia lakonan.

Sebaliknya, dia mahu bermula dari bawah dan melihat perkembangan kerjayanya dalam bidang tersebut.

Bagi saya kalau boleh, saya nak perjalanan saya dari bawah, perlu tahu do's and dont's

NANA SHEME

PENYANYI

"Bagi saya kalau boleh, saya nak perjalanan saya dari bawah, perlu tahu do's and dont's.

"Bukan sebab ada nama terus nak masuk dalam bidang lakonan. Mungkin kalau ada peluang mudah itu mungkin rezeki. Kalau boleh saya nak elak sekadar nama tapi tak ada bakat.

"Saya nak cuba watak sampingan je dulu kalau diberi peluang, tak nak nanti orang kata ada nama tapi kayu berlakon. Bukan sebab ada nama tiba-tiba nak jadi watak utama," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya nyanyian, Nana berkata dia sedang menyiapkan sebuah lagu baharu dan berkolaborasi dengan salah seorang penyanyi lelaki.

NANA2

Nana Sheme ingin mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelu memasuki set penggambaran.

"Alhamdulillah bidang nyanyian ok je, masih ada rezeki dan makanan atas meja tapi tak ada event.

"So saya tak putus semangat, so tak semestinya tak menyanyi tak boleh nak buat duit. Saya pun ada lagu baru akan duet dengan artis lelaki malaysia.

"Saya tidak terfikir untuk tukar profesion disebabkan susah nak cari makan. Saya cuma nak lebih sikit mencuba sesuatu yang baru," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain