suria

Takziah bapa mentua Marsha Milan meninggal dunia akibat Covid-19

Gambar kenangan Marsha bersama bapa mertuanya (duduk kanan).

TANGGAL 10 Syawal membawa perkhabaran dukacita buat pelakon dan penyanyi Marsha Milan apabila bapa mentuanya, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60, disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu.

Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, 36, berkongsikan perkara itu di laman Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Marsha Milan tiada masalah bawa watak antagonis bertudung - “Dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busuk”

"Dukacita dimaklumkan bahawa bapa mertua tersayang telah kembali ke Rahmahtullah pada hari ini Sabtu bertarikh 22 Mei bersamaan 10 Syawal 1442H.

"Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman," katanya.

Instagram Marsha dipenuhi ucapan takziah daripada rakan artis.

Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga mertua Marsha mendedahkan Allahyarham meninggal dunia akibat Covid-19.

"Seorang yang seumpama bapa kepada saya telah pergi menghadap Ilahi disebabkan Covid-19.

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa mertua tersayang telah kembali ke Rahmahtullah pada hari ini Sabtu bertarikh 22 Mei bersamaan 10 Syawal 1442H.

MARSHA MILAN

PELAKON, PENYANYI

"Semoga Aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan redha dengan ujian yang sangaat berat ini.

"InsyaAllah syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun. Kami akan sentiasa merinduimu baba, Al-Fatihah," kata Sharnaaz.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sharnaaz sudah menganggap Allahyarham seperti bapanya sendiri.

Allahyarham merupakan bekas setiausaha politik kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Marsha berkahwin dengan anak sulung Allahyarham, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain