suria

Search sekali lagi bergabung dengan Akim Ahmad, rancang 'Konsert Unplugged Search 40 Years' September depan

Akim Ahmad bakal memberikan kelainan pada persembahan Konsert Unplugged 40 Years yang bakal berlangsung pada September ini.

KEJAYAAN persembahan Rockology Malaysia Tour 2021 Search X Akim yang berlangsung di Melaka pada 10 April lalu menjadi titik tolak kepada penganjuran 'Konsert Unplugged Search 40 Years' yang akan diadakan pada September depan.

Menurut penganjurnya, Aman Nassim daripada COF Music, walaupun negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun mereka tetap yakin dengan sambutan konsert tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah keluar single berjudul 'Xray', Nabila Huda mengadu dekat Amy Search tak nak menyanyi lagi - “Ya Allah rosak kerjaya aku sebagai pelakon kalau lagu ini keluar!”

"Sekiranya persembahan secara bersemuka dapat dilaksanakan, pihak kami akan menjual tiket dan akan menggunakan lokasi yang mampu menempatkan 300 hingga 500 penonton mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Tarikh dan lokasi tempat masih belum dapat ditetapkan sebab kami menunggu perkembangan semasa dalam negara.

"Sekiranya PKP ditamatkan dan digantikan dengan arahan lain beserta SOP baharu, ketika itu baharulah kami akan berbincang dan putuskan semula," katanya kepada mStar.

Aman Nassim (kanan depan) berharap konsert ini dapat dilangsungkan secara bersemuka dengan penonton namun semua bergantung pada SOP yang akan ditentukan kelak.

Menariknya, konsert ini memberi aura baharu terhadap Search apabila ia sekali lagi menampilkan penyanyi hebat, Akim Ahmad selaku vokalis di samping dua anggota asal Search iaitu Kid dan Din.

Menurut Aman lagi, antara keunikan yang cuba dibawakan pihaknya kali ini ialah dengan mengetengahkan lagu-lagu popular Search yang jarang diketahui peminat generasi masa kini.

Tarikh dan lokasi tempat masih belum dapat ditetapkan sebab kami menunggu perkembangan semasa dalam negara.

AMAN NASSIM

PENGANJUR KONSERT UNPLUGGED SEARCH 40 YEARS

"Mungkin selama ini peminat hanya tahu beberapa lagu popular sahaja, sedangkan mereka ada banyak lagu hits.

"Disebabkan itu, menerusi konsert ini Search dan Akim akan membawakan 10 lagu popular yang jarang peminat muda tahu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya percaya dengan bakat dan vokal dimiliki Akim, dia mampu menarik perhatian peminat dengan gaya nyanyian tersendiri," katanya.

Search mula bertapak dalam industri hiburan sejak 1981 dan antara lagu hit mereka yang menjadi malar segar sehingga sekarang adalah seperti Isabella, Kejoraku Bersatu dan Fantasia Bulan Madu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain