suria

Isu majlis buka puasa langgar SOP, Amin Idris cerita keadaan sebenar... tak salahkan influencer punca viral

Amin Idris (kanan sekali) ulas mengenai isu majlis berbuka puasa langgar SOP.

PENGACARA dan penceramah motivasi, Amin Idris mengesahkan dirinya merupakan salah seorang selebriti yang dipanggil membantu siasatan berhubung kontroversi majlis berbuka puasa yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini.

Menceritakan situasi sebenar semasa majlis tersebut berlangsung, Amin berkata penganjur dan semua tetamu jemputan mengambil berat mengenai SOP.

Isu itu bagaimanapun menjadi perbualan hangat netizen selepas tular beberapa keping foto dan video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial, Nurin Afiqah di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice berang influencer diam diri selepas buat onar majlis buka puasa langgar SOP - “Orang lain buat... kita yang kena!”

"Sejujurnya sepanjang majlis, kami semua memang berhati-hati dan sentiasa jaga SOP dari awal sampai akhir acara, cuma kebetulan anak saya minat Nurin dan dia nak ambil gambar bersama.

"Semasa di luar dewan itu Nurin ada bagi hadiah untuk anak saya, dah alang-alang tu dia minta buat video reviu sikit dan kami okay sahaja... masing-masing menjaga jarak cuma foto masa bersembang itu yang jadi viral.



Sebelum ini, Caprice selaku penganjur berang dengan sikap lepas tangan seorang influencer yang menjadi punca.

"Tapi saya tak risau bila benda ni kecoh di media sosial sebab kami semua jaga SOP sepanjang majlis itu berlangsung," katanya kepada mStar.

Baru-baru ini tular foto dan video memperlihatkan beberapa orang selebriti melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka dan mengabaikan penjarakkan fizikal semasa berada di Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang berlangsung pada 29 April lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia mula menjadi perbualan hangat netizen selepas seorang infuencer memuat naik rakaman itu di laman Instagram.

Selain Amin, selebriti yang dilihat hadir majlis tersebut berdasarkan gambar yang tular di media sosial seperti Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Kalau ikutkan dekat luar sana pun ramai sahaja, yang bukan selebriti lagi teruk berhimpit di pasar malam dan tak imbas Mysejahtera!

AMIN IDRIS

PENGACARA/ PENCERAMAH MOTIVASI

Sementara itu, Amin berkata dia sudah memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kontroversi majlis berbuka puasa ini.

"Saya sudah ke balai polis Dang Wangi pada malam Selasa untuk beri keterangan membantu siasatan. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.

"Saya percaya Nurin tak ada niat jahat muat naik mengenai event itu... benda pun dah jadi dan netizen pun nak cari salah orang, itu yang jadi (viral).



Antara selebriti yang hadir di majlis berbuka puasa tersebut.

"Walhal kalau ikutkan dekat luar sana pun ramai sahaja, yang bukan selebriti lagi teruk berhimpit di pasar malam dan tak imbas Mysejahtera.

"Nasihat saya janganlah cari salah orang saja sebab bila Allah buka aib kita, nasiblah! Kalau nak kritik, berpada-pada. Nabi Muhammad pun berpesan jaga lidah dan pertuturan, zaman sekarang ini termasuk jarilah," ujarnya.

Pada Selasa lalu, penyanyi rap yang juga penganjur iaitu Caprice sudah dipanggil polis memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Selain itu, selebriti wanita bersama suaminya turut dipanggil polis bagi dirakam percakapan selepas turut hadir pada majlis berbuka puasa itu selepas siasatan mendapati berlaku pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain