suria

Genap lima tahun pemergian bapa, suami Mira Filzah luah rasa rindu... mujur ada isteri boleh pujuk

Emir bersyukur ada Mira yang memujuknya supaya tidak berterusan bersedih atas pemergian arwah bapanya.

SUAMI kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir meluahkan kerinduan terhadap Allahyarham bapanya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang genap lima tahun meninggalkan mereka sekeluarga.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar berkata, dalam kepiluan itu, dia dipujuk isteri tersayang agar tidak terus dibelengu dengan perasaan sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siapa bakal suami Mira Filzah? Kenali Wan Emir Astar, jejaka hitam manis berkumis nipis

ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan pertama sebagai isteri, Mira Filzah tak banyak masa berbuka dengan suami... jadual padat sampai Syawal

"Papa, seorang yang penyayang dan ayah yang terbaik... saya berkata kepada isteri tersayang, sambil dia mendakap dan memujuk saya dari terus bersedih.



Emir berkongsi luahannya di Instagram.

"Tak mampu untuk mengelak, mengenangkan kasih dan rindu kepada papa, lebih-lebih lagi pada malam sebelum 5 Mei. Ketagihan peluk erat papa, kemanisan senyumannya dan kemurnian akhlaknya.

"Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi papa sewaktu dia bangun tidur.

"Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui," luah Wan Emir.

Wan Emir turut berkongsi gabungan foto reaksi wajah dia ketika kecil dan arwah bapanya yang seakan-akan sama di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Ketagihan peluk erat papa, kemanisan senyumannya dan kemurnian akhlaknya.

WAN EMIR

SUAMI MIRA FILZAH

Untuk rekod, arwah bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan berita pemergiaan arwah mendapat liputan yang meluas.

Dalam pada itu, Wan Emir yang bekerja sebagai seorang arikitek mengakui dia sekeluarga masih terkesan dengan pemergian Allahyarham biarpun sudah lima tahun berlalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, Wan Emir bersyukur kerana masih diberikan nikmat sebagai seorang muslim dan berpegang kepada doa serta amalan yang dijadikan hadiah untuk arwah bapanya.



Foto kenangan Emir bersama arwah bapanya.

"Lima tahun sudah pemergian papa. Di sebalik senyuman kami sekeluarga, ada rindu dan kesedihan yang tak dapat diubati, kerana kesan kasihnya kepada kami terlalu besar.

"Syukur diberikan nikmat Islam dan Iman, kerana itulah kami berpegang kepada doa dan amalan sebagai hadiah dan pengganti untuk papa. Dan kami selamanya bersyukur kepada-Nya atas Papa sebagai pinjaman yang sempurna ini kepada kami.

"Allahumagh firlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu anhu. Jaga dia untuk kami, Ya Rabb. Emir sayang papa... tak terkata," kata Wan Emir.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain