suria

[VIDEO] Siapa bakal suami Mira Filzah? Kenali Wan Emir Astar, jejaka hitam manis berkumis nipis

Mira bakal menjadi menantu kepada Datin Mastura Mohd Yazid.

SELEPAS pelakon Mira Filzah membuat pengakuan sudah menjadi tunangan orang dan bakal berkahwin tidak lama lagi, ramai lelaki yang meluahkan rasa sedih dan kecewa.

Nama tunang kepada Mira iaitu Wan Emir turut menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tunangan orang” - Mira Filzah sudah bersedia bergelar isteri, kini buat persiapan untuk majlis perkahwinan

Kali ini, mStar senaraikan 10 fakta mengenai Wan Emir dan hubungannya dengan Mira Filzah!



Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar (kanan) iaitu bapa kepada Emir meninggal dunia pada 2016.

1. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

2. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

3. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.



Emir (kanan) mempunyai tiga orang adik lelaki.

4. Arwah bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas.

5. Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

6. Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terputus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

7. Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu.



Mira hadir bersama Emir di majlis resepsi Farah Nabilah.

8. Lebih menguatkan spekulasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

9. Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu.

10. Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain