“Saya tunangan orang” - Mira Filzah sudah bersedia bergelar isteri, kini buat persiapan untuk majlis perkahwinan

Mira sedang mempersiapkan diri untuk menamatkan zaman bujang.

TIADA lagi rahsia! Pelakon Mira Filzah mendedahkan hatinya kini sudah dimiliki seorang jejaka dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.

Mira bagaimanapun berkata, dia masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai hari bahagianya itu.

"Status sekarang saya tunangan orang... InsyaAllah apa sahaja nanti media akan dijemput. Kita ada wakil yang akan melakukan semua itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah dedah sudah berpunya, ada persetujuan keluarga - “Dalam Islam kira dah bertunang la tu”

"Persiapan sekarang tengah on going, berapa peratus tu saya tak boleh untuk kongsi apa-apa lagi kerana masih di peringkat awal.

"Saya dah bersedia... kalau sudah ada semuanya kita akan beritahu dan pasti akan mengundang media," katanya kepada mStar.



Mira mengakui hatinya sudah dimiliki.

Mira berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.

Pada April lalu, Mira Filzah mengesahkan kedua-dua belah keluarga telah bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika bersiaran langsung dalam program bual bicara santai bersama Ustazah Asma' Harun di laman Facebook pendakwah itu.

Saya masih lagi simpan hal peribadi... sebenarnya perkara-perkara seperti ini saya diminta untuk keep it low!

MIRA FILZAH

PELAKON

Sebelum itu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai gosip kononnya Mira sudah dirisik dan bakal berkahwin pada Oktober depan.

Lebih menguatkan spekulasi apabila tersebar foto Mira bersama seorang jejaka dikenali sebagai Wan Emir iaitu anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.



Mira akan perkenalkan bakal suami kepada media apabila semuanya sudah pasti.

Sementara itu, pengacara program Nona ini berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai kehidupan peribadi.

Namun, dia tidak akan berahsia mengenai perkahwinan apabila semuanya sudah pasti.

"Saya masih lagi simpan hal peribadi... tidaklah terbuka sangat. Biasa-biasa sahaja! Sebenarnya perkara-perkara seperti ini saya diminta untuk keep it low.

"Macam saya cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan beritahu kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media.

"Tambah pula sekarang ini bila Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri ada beritahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.

"InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya," katanya yang memaklumkan bakal suami memahami kerjayanya sebagai selebriti.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mira Filzah

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain