suria

Kandungan masuk trimester kedua, Mawar Rashid dah berani naik bot - ”Saya duduk belakang untuk elak hentakan”

Pelakon Mawar Rashid sudah minta nasihat doktor sebelum menaiki bot.

WALAUPUN usia kandungan baharu sahaja memasuki trimester kedua, pelakon Mawar Rashid sudah berani mengambil risiko menaiki bot semasa bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, berkata dia sudah mendapatkan nasihat dan saranan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan aktiviti ketika bercuti ke pulau itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berehat main TikTok, Mawar Rashid hamil anak kedua, alami alahan teruk - "Ramai minta buat Barbie Challenge tapi tak larat”

"Awal-awal tu risau juga boleh ke tidak nak bercuti ke pulau.

"Tapi saya tanya pakar sakit puan yang merawat saya, dia kata boleh pergi tapi tak boleh naik bot kecil.



Mawar Rashid kini hamil anak kedua.

"Alhamdulillah, memang saya jaga betul-betul. Saya dah tanya pada doktor, bukan main naik saja bot dan pergi pulau tanpa dapatkan kepastian tentang kandungan saya," katanya kepada mStar.

Katanya, dia dinasihatkan supaya menaiki bot bersaiz besar bagi memastikan tiada hentakan kuat yang boleh menjejaskan kandungannya.

Tambahnya, semasa menaiki bot tersebut, Mawar juga memastikan dia duduk di bahagian belakang supaya tiada terkena hentakan.

"Bot yang saya naik tu bersaiz besar jadi hentakan tak kuat dan tak jejas kandungan saya. Bot tu pun selamat.

Semasa di sana pun, saya memang jaga betul-betul.

MAWAR RASHID

PELAKON

"Semasa di sana pun, saya memang jaga betul-betul... saya duduk di bahagian belakang bot sebab tak ada hentakan," ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman hamil kali ini, Mawar berkata alahan dan loya yang dialami selepas memasuki trimester kedua sudah berkurangan malah dia sudah mula aktif bekerja.

Mawar menyifatkan kehamilan kali ini lebih mudah berbanding mengandungkan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

"Masa trimester pertama, memang loya teruk... mual-mual, muntah-muntah.



Mawar bersama suaminya, Raf dan anak mereka, Raden.

"Tapi Alhamdulillah dah masuk trimester kedua ni dah kurang mual... dah boleh aktif semula dan bekerja.

"Mual pun kalau perut masuk angin saja. Alahan pada bau pun dah kurang, tak seteruk semasa saya hamilkan Rafael," jelasnya.

Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac tahun lalu.

Untuk rekod, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 35, mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Berkaitan

Artikel Lain